Aku mahu aku yang dulu
Aku bosan dengan aku yang sekarang
Aku jemu, penat, lelah
Apa sudah jadi dengan aku?
Sesak bagai tiada udara
Gelap bagai tiada cahaya
Lemah...layu tidak berbaja
Cis!
Mana perginya aku yang dulu?
Aku tersesat di ruang rasa
Kerana menurut amukan jiwa
Membawa rasa kecewa
Tuhan… tolong
Aku tidak rela begini
Jadi hamba nafsu nafsi
Mengusir kewarasan mata hati
Beremosi….sepi…
Aku mahu aku yang dulu
Keliling aku bahagia
Di sisi aku tawa
Dihiasi warna ceria
Nyah lah duka
Pergilah hiba
Kerana aku rindu
Kerana aku mahu
Aku yang dulu
2 comments:
"aku mahu aku yg dulu"
saudari, carilah dan teruskn pencarian akan apa sebenarnya yg dicari...usah biarkan sahaja perasaan itu berlalu tnpa diberi penawar krn dibimbangi kita keciciran gerabak kebahagiaan...pastikan hidupmu pd hari ini lebih baik dari semalam...dan besok lebih baik dari hari ini.mg peroleh kejayaan!
ibtihaj - terima kasih di atas pandangan
Post a Comment