January 24, 2011

Sayu Hati........

Sayu hati tengok keadaan kawan yang terlantar di hospital kerana kemalangan malam semalam...



Semoga cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaanNya.

January 20, 2011

E8 - Kelmarin di Pulau Pangkor

Teks & Foto : Azni Aziz


Alhamdulillah….akhirnya hasrat untuk ke Pulau Pangkor tertunai jugak. Dari tahun lepas aku sibuk mengajak kawan-kawan bercuti ke Pulau Pangkor, akhirnya 15 hingga 17 Januari lepas Aku, Kak Nurul, Yan dan Rehan berkesempatan ke sana. Tema percutian kami kali ini ialah “mandi-manda dan misi gelapkan kulit”. Tapi bahagian gelapkan kulit tu hanya tema Kak Nurul sorang!
Rombongan Cik Kiah

Perjalanan dengan bas dari Kuala Lumpur ke Lumut mengambil masa kurang lebih empat jam. Tambangnya RM24.70 sehala. Setibanya di hentian bas H.J.Raja Muda Musa, kami singgah di gerai untuk mengisi perut. Sambil tu datang seorang kakak ejen pelancongan menawarkan pakej bilik kepada kami. Memandangkan kami pun belum membuat tempahan bilik dari awal, jadi kami sepakat untuk menyewa di chalet Suria Beach Resot (SBR) dengan harga RM110 satu malam. Setelah perut diisi, hati pun senang, maka kami bergerak ke jeti untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor. Tambangnya RM10 untuk pergi dan balik dan laku dalam tempoh sebulan.


SBR ni terletak di Teluk Nipah. Chaletnya sangat selesa dan boleh muat sampai lima orang dalam satu bilik. Sesuai untuk yang datang bercuti secara kumpulan seperti kami. Lokasinya juga berdekatan dengan pantai dan juga tempat makan. Kata kawan yang pernah ke Pulau Pangkor, elok kalau menginap di Teluk Nipah berbanding Pasir Bogak. Jaraknya dalam 7km dari jeti. Pilihan penginapan di Teluk Nipah lebih banyak berbanding dengan Pasir Bogak. Tambahan pula harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan sangat sesuai bagi percutian bajet. Dari jeti untuk ke Teluk Nipah boleh dengan menaiki teksi van RM3 seorang, atau boleh juga terus sewa motor atau kereta jika mahu. Kami memilih untuk menaiki teksi sahaja.

Teksi Pink!

Usai daftar masuk dan bertukar seragam, apa lagi…kami meneruskan misi untuk mandi-manda. Di Pantai Teluk Nipah banyak menawarkan pakej sukan air. Boleh pilih mana-mana yang berkenan mengikut bajet anda. Sepanjang pantai pun ada ejen sukan air. Pada hari pertama kami memilih pakej ronda pulau dan snorkeling. Satu kepala RM15, tapi kalau nak pilih  snorkeling sahaja seorang cajnya hanya RM10. Harga yang sangat berpatutan.

Aktiviti utama...





aktiviti snorkeling


ronda pulau

Keesokan harinya kami bercadang nak ronda-ronda kawasan pulau. Mereka bertiga, Yan, Kak Nurul dan Rehan memilih utnuk berbasikal. Aku macam berat hati sebab penat berenang semalam tak habis lagi, ini nak kena kayuh basikal lagi. Tidak mengapalah, datang berkumpulan kenalah ikut suara majoriti. Bagi aku yang sejenis tidak tahan lasak ni, baik sewa motor sahaja dari basikal. Hmmm… memang tak mencabar langsung kan? Sewa basikal RM20 untuk sehari dan sewa motor RM40.
Ha..ha…. cukup sejam acara mengayuh, dah mula rasa penat. Almaklumlah, jalan di sana berbukit bukau. Rehan pun sudah tidak tahan lalu dia mengajak aku untuk tukar ke motor. Sudahnya, kami bedua sepakat untuk menyewa motor. Manakala Yan dan kak Nurul teruskan dengan berbasikal. Tetapi sudah masuk waktu  petang mereka juga memilih untuk menyewa motor.
Bila dan bermotor maknanya langkah pun semakin panjang. Bosan mandi, kami sambung ronda satu pulau dengan baju basah. Bukan sesuatu yang pelik pun buat macam tu di sana. Pusing punya pusing, terjumpalah kami dengan lokasi batu bersurat dan Kota Belanda. Tak sangka dekat pulau pun ada tempat bersejarah. Jadi, kami singgah la bergambar buat kenang-kenangan.


Puas meronda, kami sambung mandi lagi. Mandi sampai petang. Yan dan Kak Nurul cuba aktiviti berkayak. Sejam RM20. Kesian Rehan tak ada kawan nak berkayak, sebabnya aku ni sejenis penakut. Dalam takut sebenarnya teringin juga nak mencuba. Jadi aku buang rasa takut dan sempatlah juga merasa berkayak untuk 10 minit. Jadilah, buat pengalaman.





Batu Bersurat

Kota Belanda

Kayak weh....

Kalau kita tengah seronok, masa pun rasa cepat saja berlalu. Tibalah masa untuk kami pulang. Apapun percutian kali ini sangat menyeronokkan. Sampai hari ni mood bercuti masih belum hilang lagi. Aku rasa Kak nurul, Yan & Rehan pun mengalami simptom yang sama dan sebab itu lah aku abadikan kenangan itu di sini.

Bye-bye Pangkor....


January 18, 2011

Khurafat vs Faster

Dua filem ni ditayangkan pada hari yang sama. Dua-dua pun aku dah tengok. Faster aku dapat tengok free masa preview filem ni, dan khurafat aku bayar sendiri lah…..

Faster

Faster mengisahkan Driver (lakonan Dwayne Johnson a.k.a The Rock) memiliki misi tunggal untuk membalas dendam di atas kematian saudaranya yang dibunuh akibat rancangan rompakan bank yang tidak sempurna. Manakala beliau pula telah dipenjarakan atas kesalahan yang dilakukan selama 10 tahun. Misi membalas dendam itu dilaksanakan selepas beliau keluar dari penjara.

Pada aku jalan cerita Faster macam drama biasa sahaja.Penceritaannya longgar, nasib baik lakonan The Rock sebagai orang yang ingin membela kematian saudaranya sampai (aku dapat rasa perasaan dendam dia). Tapi bagi yang sukakan filem aksi, boleh la tengok filem ni.


Khurafat

Sinopsis filem ni boleh baca kat sini. Percubaan pertama Shamsul buat cerita seram nampaknya menjadi. Pendek kata aku banyak pejam dari celik masa tengok filem ni. Scene seram dia menjadi lah. Walaupun jalan ceritanya aku dah boleh agak dari mula, tapi masih nak tengok kesudahan ceritanya. Dengan kata lain filem ni tidaklah memboringkan dan memang patut lah dalam masa seminggu ditayangkan Khurafat dah cecah kutipan 2 juta.

Dalam filem ni aku puji lakonan Sabrina Ali. Lakonan bekesan Sabrina sebagai Ana (seorang perempuan yang tidak dapat menerima hakikat kerana ditinggalkan kekasih) sangat menjadi dan lebih menonjol dari watak utama. Senang cakap watak Ana ni macam nadi pada filem ni.







January 14, 2011

Bahasa Ibundaku......





Tukang kata : Walaupun hujan emas di negeri orang..........

January 10, 2011

Salah ke Ana Rafali Menang AJL25?

foto : credit to mangga online


Hmm…dua tiga hari ni hangat orang dok cerita pasal keputusan Anugerah Juara Lagu ke-25. Paling banyak orang dok sebut mestilah tentang Ana Rafali, pencipta, penulis lirik dan penyanyi lagu tolong Ingatkan Aku yang dinobatkan sebagai juara lagu.
Kesian dia, macam-macam orang kutuk dia, termasuklah aku. Kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku sememangnya mengundang kontroversi. Ramai yang terkejut dengan keputusan tersebut termasuk lah aku jugak.
Actually, bila aku fikir-fikir balik, bukan salah dia pun lagu dia dinobatkan sebaga juara. Satu, kita kena terima ketentuan Allah….dah tertulis malam tu rezeki dia. Kedua, kalau tak puas hati sekali pun, bukan Ana Rafali tempat kita lepaskan perasaan. Patutnya kita marahkan juri-juri yang memilih lagu tersebut.
Entahlah….sejak dua menjak ni aku rasa AJL dah jadi sebuah pertandingan yang mencetuskan kontroversi. Memang tidak dinafikan AJL sudah mencapai satu tahap yang tinggi dalam industri muzik sepatutnya keputusan AJL tidak dipertikaikan dan menghampakan peminat muzik tanah air. Betul juri professional arif dengan bidang masing-masing, tapi pandangan kita sebagai juri awam juga tidak kurang hebatnya. Iyalah….lagu-lagu yang dipertandingkan di AJL tu lebih mesra dengan kita daripada juri-juri professional. Kita yang hari-hari dok dengar lagu-lagu tersebut, tentulah kita jugak arif untuk menilai kan?
Tidak dinafikan lagu ‘Tolong Ingatkan Aku’ sedap didengar, cuma bagi aku masih ada lagi lagu lain dalam AJL tu yang lebih layak contohnya ‘Drama King’, Hanyut atau mungkin Cinta Sempurna. Bukan sebab aku tak minat Ana Rafali maka aku pertikaikan kemenangan dia, tidak! Cuma menyuarakan pendapat dari sisi seorang pendengar muzik tempatan.
Kepada Ana Rafali, anggaplah ini sebagai cabaran untuk terus menghasilkan karya-karya yang bagus. Dan kepada sesiapa yang dok menghentam Ana, hentikanlah…..terimalah ketentuan Allah. Buat penganjur AJL, kembalikan semula kepercayaan peminat dan akhir sekali tahniah kepada semua pemenang AJL 25.
Tukang kata : Juara Lagu itu bila lagu itu ada auranya……diminati walaupun melampaui zamannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails