April 28, 2011

"Tiada hari bagi kita kalau kita tak bergerak hari ini"

Rabu lepas K.Nurul mengajak aku ke Klinik Haiwan Rawang. Hantar 8 ekor anak kucing yang terkena penyakit mata. Tak sampai hati aku tengok ada beberapa ekor yang sudah teruk matanya (tersembul dan bernanah). Haiih tak panjang rasanya usia kucing² tu.

Aku suka kucing, dan teringin nak membelanya.Tapi memandangkan aku tak yakin untuk menumpu sepenuh perhatian, aku simpankan saja keinginan tu. Iyelah, sibuk dengan urusan kerja dan peribadi takut terabai pulak kucingnya. Nanti dapat dosa free je.

Kita tinggalkan saja cerita kucing tu, sebenarnya ada cerita lain disebaliknya. Cerita kucing tadi hanya menjadi sebab dan musabab kepada cerita yang selanjutnya.
Tak sangka sembang-sembang kosong aku dengan K.Nurul semasa dalam perjalanan ke Klinik Haiwan Rawang, hari ni kami telah memulakan sebuah perniagaan. Itulah aturanNya kan?

Bukanlah sebuah perniagaan besar yang memerlukan kami resign dari kerja sekarang, tetapi ia cukup mengujakan kami. Memang dah lama aku berfikir untuk berniaga, cuma tidak tahu apa yang nak dijual dan bagaimana caranya. Berniaga sesuatu yang tidak asing bagi aku, kerana sememangnya darah keturunan Cik Siti Wan Kembang mengalir dalam diri. Kebetulan pula mengikut sains metafizik, aku mempunyai nombor perniagaan iaitu 966. Jadi tidak salah mencuba. Bagai sudah diatur, dipertemukan pula dengan partner yang sealiran.

Dan kebetulan lah juga aku terbaca kata azimat dari seorang ulama, Almarhum Tuk Kenali yang berbunyi "Tiada hari bagi kita kalau kita tak bergerak hari ini". Maka aku dan K.nurul telah memulakan langkah itu dan wujudlah http://wwardrobekl.blogspot.com/ .

Kami menjual pakaian secara online. Mungkin ini sebagai permulaan, mohon sokongan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails