April 30, 2010

REDMUMMY Suruh Aku Beli Hada Labo

Huhu... petang tadi aku telah mengorbankan RM40.90 untuk beli Hada Labo Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion. Ini semua aku terpengaruh dengan iklan Kak Red a.k.a REDMUMMY. Takyah la aku kenalkan sapa Kak Red ni kan. For sure korang kenal.

Al-kisahnya, aku saja2 buka blog Kak Red sebab bos aku nak tengok blog dia coz bos aku terbaca artikel pasal Kak Red dala Harian Metro (orang glamer la katakan!). Kebetulan masa aku terjah blog tu dia buat entri tentang Hada Labo ni. Memandangkan nama benda ni unik, aku jadi tertarik nak baca selanjutnya.

Ooops, sebelum tu tahu ke apakemende Hada Labo nih? Hada Labo adalah jenama produk skin care dari Jepun. Sejujurnya aku memang concern dengan produk-produk skin care ni sebab aku memang mengalami masalah kulit sensitif. Tak semua aku boleh pakai terutamanya yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. Tapi Hada Labo ni sebaliknya. Kalau nak tahu lebih lanjut leh lawat http://www.hadalabo.com.my

Di samping dah terpengaruh dengan tulisan Kak Red tentang Hada Labo ni, ada sebab lain gak yang buatkan aku amik keputusan nak guna produk ni. First sebab kandungan bahan kimia dia kurang, aku yakin produk Jepun ni dia buat ujikaji baikk punya, pas tu produk dari Jepun sesuai dengan kita orang-orang Asia dan produk ni laris sangat kat sana. Terjual sebotol dalam masa 4 saat. For sure menjadi produk ni.

Nak beli SKII tak mampu, so kita guna je Hada Labo nih. Harap-harap ia sesuai dengan kulit aku, Aku pun nak gebu cam Kak Red jugak.Ha..ha....


Ni lah rupa benda yang aku dok cerita tu. Harapan kegebuan kulit muka ku





8 comments:

sI tEDI said...

kamu peminat dia rupanya.

:)

aku tak pernah baca blog dia.. :)

sekali je kot.. atau dua kali..:)

a d r e y n i e e l i s y a said...

erm...
let me know ek da result pakai bnda alah ni...

kot2 mo tukar produk..
huhuhu

Azni Aziz said...

Si Tedi - sy pun baru tau pasal blog dia. Boleh tahan, leh jadi rujukan

adreynieelisya - tgu sebulan kot baru nampak kesan.he3

.::WaNiE::. said...

oo ada baca jugak

dan survey2 jugak bendalah ni kat farmasi

hahaha

human@luv said...

sape yg tk nak cantik kannnnnnnnnnn

~Bloggerina~ said...

kita lak guna serum HLA..dekat2 la tu hyaluronic tuh. best gak..

MofizPutra.com said...

emm.. tkpe mengorbankan RM40.90 janji produk tu menjadi.. tk jadi gebu cm kak red, jadi cam artis jepun takpe dah..hahah..

pinkAlicious said...

Hada labo ni utk kulit kering ke berminyak kak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails