January 28, 2010

DIA Lebih Tahu....



Jumaat lepas aku bersama rombongan Cik Kiah tawaf dekat masjid India, Jalan TAR. Niat di hati nak beli tudung. Dapat ilham nak meniaga. Kalau dah keturunan Cik Siti Wan Kembang, tak boleh lari dari buat bisness. Tak banyak, sikit pun nak buaaat jugak!
Aku seronok berniaga. Rasa satu kepuasan, nak² kalau habis laku barang yang dijual. Ini hanya aktiviti sampingan, kerja sekarang masih diutamakan. Lagipun selain mendapat untung, aku juga berniat nak tolong mak cik aku. Dari dia tak buat apa kat rumah, baik dia jadi promoter aku, dapat gak dia komisen.He..he…
Hmmm… dah lari topik aku nih. Sebenarnya aku nak ceritakan perbualan aku dengan Cik Nab semasa kami sama² tawaf di Jalan TAR. Sungguh teruja dia menceritakan tugasan baru yang bakal ditempuh di tempat kerja baru. Bakal jadi orang glamer Cik Nab kita sebab tempat kerja dia tu ada tempias dengan filem Malaysia.
Dalam sibuk dok sembang tu, tetiba terdetik di kotak minda aku bahawa sebab musabab kenapa Cik Nab dicampakkan di situ sama juga yang terjadi pada aku. Semuanya kerana DIA lebih tahu.
“Dulu, masa sekolah² Cik Nab minat tak hiburan, dunia glamer ataupun aktif dalam pengurusan acara di sekolah?” Soalku pada dia.
“A’ah, ada. Kenapa kak?” Soalnya kembali.
Dulu, semasa zaman muda² dulu, peringatan ye sekarang pun masih muda, aku sangat meminati dunia hiburan (kebudayaan, muzik, wayang, etc). Hampir setiap keluaran majalah hiburan seperti URTV, Media Hiburan dan Mangga aku langgan. Aku juga teringin untuk terlibat dalam sesuatu program, walaupun perananku kecil. Tapi, aku tidak berpeluang melakukannya semasa di sekolah mahupun di universiti. Mungkin aku tidak pandai menonjolkan diri . Padahal pada awal persekolahan aku tidak begitu. Aku dilantik menjadi Ketua Darjah seawal usia persekolahan dan aku menjadi Pengawas paling muda di sekolahku. Fuuhhh.. terserlah sifat kepimpinanku. Walaubagaimanapun, selepas bertukar sekolah kerana mengikut keluarga, lama-kelamaan sifat itu makin luntur dalam diri aku. Mungkin keadaan dan suasana yang sudah berbeza.
Bila tiba aku memasuki alam pekerjaan, aku mendapat jawatan yang sungguh tak aku sangka. Lama aku berfikir, boleh ke aku kerana bidang kerja ini lari benar dengan sikap aku sekarang, atau aku yang tidak kenal diri sendiri. Aku memohon petunjuk dari DIA dan inilah jalan yang telah aku pilih.
Dan…perbualan dengan Cik Nab telah membuka mata aku bahawa setiap yang tertulis itu telah ditentukan kerana DIA lebih tahu….
Ya, sememangnya di sini banyak impianku telah tercapai tanpa aku sedari. Kalau dulu hanya mengimpikan untuk menjadi AJK untuk acara yang kecil, siapa sangka sekarang aku terlibat dalam program peringkat kebangsaan. Paling tak dapat aku lupa sambutan kemerdekaan ke-50 tahun negara. Aku kira yang ini pengalaman sekali seumur hidup!
Di sini juga aku mula belajar mencari diri aku yang dulu. Sesuatu yang telah lama hilang akan mengambil masa untuk dijumpai semula. Cuma tinggal lagi aku perlu mengatur dan terus berusaha menuju ke jalan-jalan yang terhampar luas untuk aku lalui.

January 24, 2010

KUALI ANDA TIDAK SEKECIL YANG ANDA SANGKAKAN


Menurut satu cerita, terdapat seorang nelayan berperangai pelik. Nelayan ini bernasib baik kerana mata kailnya selalu disambar ikan dan ini menyebabkan beliau dicemburui nelaya-nelayan lain.

Suatu hari, rakan-rakan nelayan ini sangat marah. Mereka marah kerana nelayan tadi melepaskan semula ikan-ikan besar yang tersangkut di mata kailnya. Sebaliknya, hanya ikan-ikan kecil sahaja yang diambil. Apabila ditanya mengenai perbuatannya itu, dengan selamba nelayan itu menjawab “ sebab aku hanya mempunyai kuali yang kecil”.

Kita mungkin tidak percaya ada orang sebodoh nelayan ini. Tetapi malangnya, kita melakukan apa yang dilakukan si nelayan bodoh ini setiap hari.

Apa tidaknya, kita sering membuang idea-idea besar, cita-cita tinggi dan cetusan-cetusan fikiran yang bernilai. Kerana apa? Kerana kita sering menganggap ia lebih besar daripada akal dan kemampuan kita. Sama seperti si nelayan yang membuang ikan-ikan yang besar tadi semata-mata kerana ia lebih besar daripada kuali yang ada di rumahnya.

Pakar motivasi mengingatkan kita dengan berkata, “anda adalah sebagaimana yang anda percaya”. Jadi, berfikirlah dengan lebih jauh. Impikan sesuatu yang lebih besar dan berdoa kepada Allah agar Dia memberikan lebih banyak kepada anda.

Hakikat yang perlu kita tahu, manusia mempunyai kemampuan untuk hidup sebagaimana yang dia kehendaki. Langkah pertama kea rah itu ialah memasang impian. Impian yang besar akan menggariskan kepada kita tujuan dan matlamat. Mengenal pasti tujuan dan matlamat adalah langkah kedua. Matlamat inilah yang menghantui dan mendesak kita supaya ia di capai.

Namun, di sana ada sahaja halangan yang menghalang kita mencapai impian dan menggondol kejayaan. Halangan itu ialah ‘hukuman’ yang kita jatuhkan ke atas diri kita bahawa kita lemah, gagal dan tidak berkeupayaan! Memang benar sikap optimis semata-mata tidak mencukupi. Tetapi yang pasti, sikap pesimis adalah penjenayah sebenar yang membunuh manusia.

-petikan dari Buletin JASA-

January 22, 2010

Jangan Ada Benci.....

Sejak2 kisah si Tanggang alaf baru menjadi topik hangat dan sentiasa menghiasi dada-dada akhbar, aku terpanggil untuk mengutuk semangkuk dua mereka yang bergelar Tanggang tak sedar diri ni.

Hati mana yang tak tersentuh apabila membaca kisah anak yang sanggup meminggirkan orang tua mereka. Dah besar panjang, dah kenal dunia..lupa asal-usul, lupa dosa pahala. Jadi anak derhaka! Seolah-olah jasa orang tua mereka langsung tak berbekas dihati walaupun bergelar anak kandung sendiri.

Mungkin si Tanggang ini pernah melalui keperitan hidup ditinggal atau diabaikan ibu bapa mereka suatu ketika dulu, tapi ia bukan alasan untuk membalas dendam. Sebetulnya, perkara sebegini memang terjadi, dan logik akal buat baik dibalas baik, buat buruk maka dibalas buruk. Tapi layakkah si Tanggang itu untuk menjatuhkan hukuman....padahal dia ada kat dunia ni pun hasil susah payah orang tua dia!. Bengoooong........1000x

Walau setinggi mana darjat dan pangkat, yang bergelar A.N.A.K tetap A.N.A.K. Kalaupun cetek benar ilmu agama, takkanlah buta hati bebenar. Seburuk manapun ibu bapa kita, SALAH untuk membuang mereka. Jangankan bau Syurga, bau kaki ibu pun tak layak nak hidu.

Syukurlah...masih punya ibu bapa. Berbaktilah sementara masih ada peluang sebab berbillion-bilioooooon biliooonnnn duit pun korang tak mampu nak balas jasa mereka. sedarlah diri tu sikit weeiiiiii...Sampai masa mereka pergi, menangis air mata nanah sekalipun dah tak guna.

Janganlah sesekali ada BeNcI...Mereka hanya layak untuk disayangi...

i luv u mek....i luv u ayah....

January 13, 2010

AJL24 : Rumah Siap Pahat Berbunyi



Tahniah kepada TV3 coz AJL24 berjalan dengan lancar dan meriah. Walaupun terasa panjang perjalanan programnyer, tapi ok lah!

O.K! kita mulakan dengan persembahan pembukaan. Walaupun opening oleh Siti Nurhaliza, tapi aku tak terasa impaknya, may be lagu MUH tu tak sesuai dan tak kena dengan lenggok Siti.

Cakap bab pencalonan, lagu2 yang tersenarai tidak dinafikan best2 dan hebat2 belaka.Cuma kemenangan lagu Pergi ciptaan Pete Teoh dan lirik oleh Amran Omar dendangan Aizat macam ada sesuatu yang tak kena. Inilah orang kata rumah siap, pahat berbunyi. Dan akulah antara yang menjadi pemukul pahatnya!

Bukan menidakkan kemenangan lagu itu, tapi aku kira lagu itu tidak cukup kuat untuk dinobatkan sebagai juara lagu. Yaa... melodinya sedap didengar, tapi masih ada lagu lain yang boleh diJUARAKAN pada malam tu. Macam ada yang tak kena pulak dengan sistem penjuriannya. Atau istilah lebih tepat, ada tangan ajaib mungkin?

Hari ni semua paper mengetuk pahat masing2. Ceritanya,? sama dgn cerita aku ni lah. Hmm kalau aku jadi reporter agaknya esok lepas AJL tu terus kuar cerita ni. Actually cerita2 tak puas hati dengan kemenangan lagu Pergi ni aku dah bincangkan dengan rakan2 pemahat aku kat opis. Tak sangka pandangan kami ni world jugaklah.

Bukan apa, barisan juri AJL pun dah menimbulkan kemusykilan. Dato' Farid, apa kejadahnya diletakkan sebagai juri? Apa kepandaian dia dalam menilai lagu? Ditambah pulak dengan Fatimah Abu Bakar yang sememangnya ada kaitan dengan arwah Yasmin Ahmad, menguatkan lagi orang memukul pahat. Nampak sangat ada unsur2 bias dalam penjurian.

So, kalau lagu Pergi tak cukup kuat untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu, lagu apa yang layak? Pada pandangan aku, lagu tu perlu dekat dengan pendengar dan kita terasa impaknya kalau lagu tu menang. Kalau tak percaya cuba imbas juara lagu yang lepas2. Aku jangkakan Cinta Adam dan Hawa atau Situasi dari Bunkface, nampaknya tersasar.

Walau apa pun, juara telah dinobatkan. Sudah tertulis oleh Allah Pergi menang. Inilah yang dikatakan, berbalik pada rezeki. Cuma TV3 perlu belajar dan ambik iktibar segala teguran untuk AJL akan datang

Adios!


Merantau Warrior


Jumaat lepas sempat la aku gi tengok Merantau Warrior dengan Nurul di Mid Valley. Nasib baik Nurul nak teman, kalo tak xde gang aku nak tengok wayang. Kiranya ni filem pertama aku tengok untuk 2010. Actually memang aku teringin benar nak tengok movie ni coz tengok preview dia cam menarik.

Ok! Movie review : Bila tengok di poster and promo dia aku dah boleh agak citer ni ala2 filem Thailand, Ong-Bak (tul ke ejaannya). Jika Ong-Bak mempertaruhkan seni pertahanan diri muay Thai, Merantau pula mempertaruhkan silatnya.

Jujurnya aku tak tau nak bagi berapa bintang dekat citer yang dibintangi oleh Christine Hakim dan heronya Iko Uwais ni. Tapi apa yang aku boleh katakan tak rugi aku melabur RM10 dan masa hampir dua jam untuk menonton citer ni. Walaupun citer dia penuh aksi, agak semput jugak kita yang menonton, tapi tak lah meleret-leret. Ada jugak babak yang boleh menggelikan perut untuk ketawa. Penceritaannya jujur pada pandangan aku. Lokasi pilihan sesuai dengan jalan cerita. Nampak kehidupan sebenar di kota Jakarta. Struggle for survive. Tapi di mana-mana pun harus begitu.

Aku tidak reti dalam ilmu dan jenis-jenis seni pertahanan diri. Kalau awal tadi aku katakan yang Merantau mempertaruhkan seni silat, tapi sebenarnya aku tak pasti itu betul silat asli atau sudah diimprovisekan sebab pergerakannya nampak moden. Aku membesar dengan silat yang penuh pencak dan bunga silatnya. Itulah yang aku tonton di TV Malaysia. Atau mungkin silat Indonesia berbeda dengan silat Malaysia? He..he…

Apa pun, sekali lagi aku sarankan filem ini boleh ditonton. Terutama yang meminati filem lasak. Jadi, silalah ke panggung berdekatan sementara ia masih ditayangkan.

January 5, 2010

Dana Industri Kreatif

Last day 2009 atau bersamaan 31 dec, telah dilancarkan Dana Industri Kreatif. Dana sebanyak RM200 juta ni disediakan untuk penggiat industri ni. Our PM, Dato' Sri Najib umumkan semasa pembentangan bajet 2010 pada 23 Oktober 2009 yg lepas.

Tapi jangan syok dulu coz dana ni kerajaan tak bagi free. Dia bagi dalam bentuk pinjaman. BSN yang uruskan. So, sape yang berminat leh pegi ramai-ramai serbu BSN, tak pun klik je dekat www.bsn.com.my untuk maklumat lanjut.

Jadi kepada penggiat industri kreatif, ambiklah peluang yang ada. Guna sebaik mungkin untuk meningkatkan seni kita ke persada dunia. Walaupun aku tak terlibat langsung dalam industri ni, tapi aku minat seni gak and aku tumpang seronok tengok kerajaan tidak mengabaikan korang.

Peringatan : Kalau dah dapat pinjaman tu jangan lupa bayar balik. Bagi la orang lain pun merasa sama. Good Luck!

Mulanya Di Sini....

He..he.. akhirnya bermulalah blog aku. Walaupun dah register sejak 2007, tapi baru sekarang tergerak hati nak teruskan. Sekadar mencuba... walaupun sebenarnya aku sukar untuk meluahkan atau berkongsi apa saja dengan orang lain.

Blog ini dibuat untuk santai-santai sahaja. Aku bukannya penulis atau ahli dalam sesuatu bidang yang boleh mengupas atau mengulas sesuatu isu. Cuma sekadar mahu berkongsi sesuatu bersama kalian. Mungkin ini boleh dijadikan medan untuk bertukar-tukar pendapat atau nasihat -menasihati.

Yes! Aku sungguh teruja untuk memulakan blog ini. :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails