May 27, 2010

E9 - Cari Ketenangan Di Medan

Teks & Foto : Azni Aziz

Jalan-jalan tenangkan fikiran. Itulah tema percutian aku kali ini. Destinasi dituju adalah Medan, Indonesia.   Rombongan ke Medan turut disertai Cik Ariah, Rehan, Shery dan Cik Jamudin. Kami memang kaki jalan. Aku tidak ada idea tentang Medan, kerana ini kali pertama aku ke sana. Apa yang aku tahu, bercuti ke Medan tidak sah jika tidak ke Danau Toba.
Pesawat Air Asia yang berlepas dari LCCT selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, Medan sekitar jam 10.00 malam waktu tempatan (lewat sejam dari waktu Malaysia). Penerbangan kami mengambil masa kurang lebih 50 minit. Dari situ kami mengambil teksi ke Zakia Hotel (bukanlah hotel sebenarnya, tetapi lebih kepada rumah tumpangan). Tambang teksi sebanyak 50,000 rupiah. Kami dicaj agak mahal mungkin kerana sudah lewat malam atau kerana kami pelancong (menurut orang Medan, dari airport ke bandar, kadar tambang teksi sekitar 25 ke 35 ribu rupiah sahaja). Bagi yang mementingkan keselesaaan, aku tidak syorkan hotel ini, tetapi untuk percutian bajet, ia boleh dimasukkan ke dalam senarai. Jangan tidak tahu, pelancong Mat Saleh suka tinggal di sini. Kos untuk satu malam adalah 60,000 rupiah.
Keesokan harinya kami bersiap seawal pagi menunggu pihak travel ejen (tempahan dibuat sebelum kami ke Medan) datang menjemput kami untuk memulakan trip. Sehingga mentari semakin meninggi ejennya tidak kunjung tiba. Kami mula rimas dan risau takut ditipu. Setelah beberapa kali cubaan menghubungi agensi pelancongan di Kuala Lumpur, baru lah kami mendapat jawapan bahawa ejen yang sepatutnya menjemput kami sedang menunggu kumpulan yang lain di lapangan terbang. Mereka lewat sampai kerana jadual perjalanan mereka tertunda.
Ejen berkenaan telah menghubungi kami dan memaklumkan akan menjemput kami sekitar jam 12.30 tengahari di Zakia Hotel. Tidak mahu membuang masa sementara menunggu travel ejen, kami mengambil inisiatif untuk melawat sekitar bandar Medan. Encik Jamudin mengajak kami ke Pajat Ikan (Pasar Ikan) dengan menaiki beca. Tambangnya 15,000 rupiah sehala. Jangan pelik pulak ya, namanya saja pasar ikan, tapi tempat itu tidak jual ikan pun. Kiranya kalau hendak membeli-belah barangan tempatan seperti telekung, batik, sutera dan lain-lain boleh lah ke Pajat Ikan. Tempatnya tidaklah sehebat Tanah Abang di Jakarta mahupun Pasar Baru di Bandung. 
Tepat jam 12.30 tengahari, kami dijemput oleh travel ejen dengan bas untuk memulakan trip. Tourist Guide kami namanya En. Sahala. Tapi kami bagi nama baru kepada beliau iaitu Mr. One Way. Kami bergabung dengan kumpulan lain yang juga dari Malaysia. Unik percutian kami kali ini, boleh dikatakan percutian 1Malaysia. Ada kumpulan berbangsa Cina, India dan Melayu. Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Perapat, Danau Toba. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 5 jam. Bas yang membawa kami bergerak perlahan kerana jalan yang berbukit bukau. Dalam perjalanan sempat singgah di gudang batik dan kedai makanan tempatan.


Lewat senja, tibalah rombongan kami di Perapat, Danau Toba. Di sini kami ditempatkan di hotel Patra Jasa.  Turun dari bas dalam cuaca gelap samar, hati terasa kagum dan terpesona melihat keindahan Danau Toba saujana mata memandang.

Group 1Malaysia

Hari kedua, selepas mengambil sarapan di hotel, kami di bawa ke jeti berhampiran untuk berlepas ke Pulau Samosir. Menurut Encik Sahala, keluasan Pulau Samosir adalah sama dengan keluasan Singapura. Di atas feri kami dihiburkan oleh pengamen (penyanyi jalanan) yang terdiri daripada tiga orang budak lelaki berumur sekitar 9-12 tahun. Destinasi pertama ialah melawat Kampung Ambarita, perkampungan orang Batak. Selepas Kampung Ambarita, kami di bawa ke Kampung Tomok. Juga perkampungan orang Batak. Dari Kampung Ambarita ke Kampung Tomok memakan masa 30 minit dengan menaiki feri.


Live band atas feri


Di Kg. Ambarita dan Kg. Tomok




Sepanjang perjalanan dari Perapat ke Brestagi, kami dapat menikmati pemandangan yang sungguh indah dan catik. Dari atas, Nampak Danau Toba seluas lautan. Pemandangan yang sangat menenangkan. Kami tiba di Brestagi lewat petang dan menginap di Danau Toba Cottage. Selesa biliknya. Brestagi ni tempat sejuk, jadi biliknya tidak ada penghawa dingin.

Brestagi ni kalau di Malaysia macam Cameron Highlands atau Kundasang. Hari berikutnya kami sambung lagi perjalanan pulang semula ke Medan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami hanya mengambil pakej selama 3 hari 2 malam. Jadi, trip kami habis sampai tengahari sahaja. 



Pemandangan dari Hotel Patra Jaya

Danau Toba

Pulau Samosir


Gunung Sinabayak..pernah meletup


Hari semakin lewat dan kami pun meninggalkan Danau Toba. Destinasi seterusnya adalah Brestagi. Fuhh… mencabar sungguh perjalanan dari Perapat ke Brestagi. Bayangkan kami melalui kaki gunung. Rasa macam naik roller coaster. Tapi tabik dengan pemadu di sana, yang sungguh cekap mengendalikan kenderaan. Dalam perjalanan kami singgah di Simarjarunjung untuk menikmati Teh Halia dan Goreng Pisang. Kemudian kami singgah lagi di air terjun Sipiso Piso (ketinggian 110 meter). Air terjun itu tidak menarik perhatian aku, tetapi pemandangan di kawasan itu sangat memukau pandangan. 

Sepanjang perjalanan dari Perapat ke Brestagi, kami dapat menikmati pemandangan yang sungguh indah dan catik. Dari atas, Nampak Danau Toba seluas lautan. Pemandangan yang sangat menenangkan. Kami tiba di Brestagi lewat petang dan menginap di Danau Toba Cottage. Selesa biliknya. Brestagi ni tempat sejuk, jadi biliknya tidak ada penghawa dingin.

Brestagi ni kalau di Malaysia macam Cameron Highlands atau Kundasang. Hari berikutnya kami sambung lagi perjalanan pulang semula ke Medan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami hanya mengambil pakej selama 3 hari 2 malam. Jadi, trip kami habis sampai tengahari sahaja.

Flight balik kami adalah pada keesokan harinya. Selepas daftar masuk di Hotel Seri Deli (juga hotel bajet, tapi lebih selesa dari Zakia Hotel), kami ronda-ronda sendiri di sekitar Bandar Medan. Sekali lagi ke Pajat Ikan untuk membeli-belah. Malamnya kami makan di Merdeka Walk. Tempat dia ala-ala Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Maran (budak Hotel Sri Deli) kerana sudi tolong carikan kijang untuk kami ronda-ronda malam tu. Kijang ni teksi versi Avanza. Habuanya kami belanja dia makan di Merdeka Walk.

Kesimpulannya percutian ke Medan tidak sah kalau tidak ke Danau Toba. Walaupun perjalanan yang memenatkan, tapi ia menyeronokkan. Agaknya misi Jalan-jalan tenangkan fikiran aku dan kengkawan tercapai sudah!

May 12, 2010

Amy Search Dapat Cucu Perempuan

Alhamdulillah, Nabila anak perempuan Amy Search dah selamat bersalin baby girl pada 11 Mei 2010 jam 4.20 petang. Nampaknya otai rock kita dah naik pangkat jadi Tok Wan. Seronok tengok kehidupan dia yang semakin lengkap seiring dengan pertambahan umur. Tahniah ye Tok Wan!


Nabila tengah menunggu masa....


Beberapa jam selepas deliver.....Amy dah naik pangkat.He3



Taraa.... ni la dia Keisha Laila, cucu atuk Amy. Comel dan tembam. Rasa nak cubit2 pipi dia

May 8, 2010

Keranda :Tradisi & Misteri

Hari ni aku berkesempatan ke Muzium Negara. Dapatlah melawat pameran keranda. Terima kasih kepada Muzium Negara kerana menaja breakfast dan lawatan aku hari ni. Terfikir gak macam seram je nak tengok pameran ni, tapi kalau tak masuk rugi la plak. Ntah bila lagi boleh tengok tradisi dan misteri keranda.

Keranda biasanya merujuk kepada tempat menyimpan mayat sebelum dikebumikan mengikut amalan agama dan tradisi sesuatu kaum. Secara berevolusi, kerana adalah medium perjalanan terakhir ke dunia yang berkekalan yang diterjemahkan mengikut cara yang berbeza-beza sejak zaman pra sejarah sehingga kini.

Kat bawah ni beberapa gambar keranda yang sempat saya snap tadi.


Cara pengebumian masyarakat Neolitik


Haa ni lah dia Perak Man


Pengebumian perahu oleh masyarakat pra sejarah lebih 3000 tahun yang lalu. Tradisi masyarakat yang tinggal di Kuala Selinsing, Perak dan Gua Niah, Sarawak



Kubur batu kepingan. Tradisi masyarakat Lembah Bernam, Perak



Yang ni cara pengebumian kaum Bateq. Tanam kat atas pokok.


Ini kereta jenazah. Tapi tak berenjin. Tarik saja ye! Digunakan oleh masyarakat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang sekitar 198o-an.


Yang ni mesti dah biasa tengok kan? Ini keranda masyarakat Melayu



Ini keranda paling mahal. Disalut emas 14 karat lagi. Dengar cerita siap ada air-cond kat dalam.He..he...


Ini plak keranda kayu kaum Kelabit Lungun


Keranda bulu masyarakat India (gambar atas dan bawah)



Ini bukan kerbau yang disumpah menjadi batu. Nama dia Erong Kerbau. Sejenis keranda yang digunakan oleh masyarakat Teroja, Sulawesi Tengah.

Ini keranda baby kot. Lupa nak amik ifo


p/s : Menarik kan? Sesekali kita mengenali warisan budaya masyarakat yang ada di negara kita. Jangan lupa ke Muzium Negara. Pameran ni dah bermula sejak 1 April lalu dan akan berkahir pada 20 Jun nanti. Cepat sebelum terlambat. Yuran masuk RM2 sahaja. KAlau nak amik gambar bayar RM3. Mungkin ini pengalaman sekali seumur hidup kita.

May 4, 2010

Ibu Bapa Bukan "Liabiliti"


Salam. Just nak share emel yang aku dapat dari seorang kawan. Selamat membaca dan semoga sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah ini.

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa nayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak
ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya. "Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Konsert Double Trouble Pukau Lebih 20,000 Penonton

Agak terlambat aku buat etri mengenai double trouble ni. Tak pe lah, just nak share pengalaman. Kiranya konsert double trouble ni hadiah sempena hari buruh untuk aku ler. Beli tiket sendiri untuk reward diri sendiri, o.k tak?

Hmm.. teruja sangat nak gi konsert ni, nasib baik dapat pegi jugak akhirnya selepas ada gangguan di saat2 akhir. TQ ti Mas and Farul sebab tumpangkan aku ke sana.

Kami tiba kat sana dah lewat. Dalam 8.45 malam. Parking keta toksah kiralah jauhnya. Berpeluh ketiak weii kami jalan kaki nak ke tempat konsert. Tapi tak pe, minat punya pasal.

Macam-macam orang ada kat sana. Muda, tua, budak kecik, ibu mengandung, orang seberang dan ramai lagi lah. Mana taknya sampai 20,000 orang turun ke Bukit Kiara malam tu gara-gara konsert Double Trouble. And I’m proud to be one of them. Malam yang bikin sejarah wa cakap lu. Sejarah untuk aku yang first time tengok konsert terbuka macam tuh dan ulangan sejarah Buat Search dan Wings bergabung semula atas satu pentas selepas 17 tahun.

O.K, masuk cerita bab konsert. Mula2 aku rasa suam2 kuku coz ada beberapa lagu yang aku tak tau so tak boleh nak ikut lah. But menjelang pertengahan, konsert dah makin rancak dan panas dengan killer songs dari Search dan Wings. Bayangkan bergema stadium tu bila 20,000 orang turut sama menyanyi dengan Amy dan Awie dalam rangkaian lagu2 Sejati, Taman Rashidah Utama, Issabella, Gadisku, Opera Hidup, Isi dan Kulit dan banyak lagi lah. Korang boleh bayangkan suasana time tu macam mana. Aku pun tak boleh nak describe perasaan aku. Hanya orang yang ada kat sana je tahu dan paham.

Tapia pa yang aku perasan Wings nampaknya mendominasi persembahan pada malam tu. Mungkin factor pemilihan lagu. Walau apa pun aura kedua-dua ikon rock tanah air itu tidak dapat dinafikan. Tq to Search and Wings kerana telah menghiburkan aku. Berbaloi RM70 aku keluarkan untuk tiket.

Dan paling membanggakan 1Malaysia bersama meraikan muzik tempatan!



p/s : Harap maaf, tiada gambar dari koleksi peribadi sebab aku telah membangangkan diri kerana tak bawa kamera. Jadi gambar entri ni pinjam dari utusan dah berita harian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails