April 25, 2010

Kisah Di Sebalik Pilihanraya Kecil P-94 Hulu Selangor

Awas ini bukan entri nak kempen mana-mana parti. Kalau nak berkempen pun dah terlambat coz masa buang undi pun dah hampir tamat.

Just nak luahkan rasa geram dan sakit hati. dua hari lepas aku ulang- alik ke Kuala Kubu baru atas urusan kerja. Sempat aku singgah ke pusat media. Tengah menunggu kat sana aku pun ambiklah majalah untuk dibaca. Wooo sakitnya hati aku bila ternampak artikel yang aku tulis. Sudahlah tak cakap dah keluar, byline pun tak bagi. Jangankan nak bayar! Apa cerita nih? Rompakan hasil karya telah berlaku dengan sesuka hati. Mulut manis tapi menggunakan hasil usaha orang.

O.K mula2 ceritanya macam nih. Memang aku yang approach dia nak tulis tentang budaya dan warisan and she said sangat dialu-alukan. Pas tu aku pun hantarlah dua artikel yang dah lama aku tulis. Tapi dia cakap artikel tu tak sesuai untuk keluaran tu dan mintak aku buatkan yang lain. Siap request tajuk lagi dan cakap nak bayar.

Wow, sapa tak teruja and dengan bersungguh2 aku siapkan, untung2 dapat duit raya coz time tuh bulan posa tahun lepas. Tunggu-punya tunggu senyap jer. Aku pun tanya la artikel baru aku tu o.k ke tak. Dia cakap okay dan akan hubungi aku balik. Last-last senyap macam tu saja.

Apa perasaan korang? Well, aku tak kisah dah tentang bayaran sebab aku bukannya penulis pro pun untuk dapatkan bayaran. At least informlah aku artikel tu dah keluar dan apa salahnya letak nama aku dekat artikel tu. Sekurang-kurangnya aku rasa dihargai dan usaha aku berbaloi.

Sebelum tu aku mintak maaf sebab cerita ni takde kaitan pun dengan tajuk kat atas. Tapi....eh siapa kata takde kaitan? Sebab pilihanraya ni lah aku dapat tahu yang hasil kerja aku dirompak! Apapun, aku tak kan berhenti menulis. Sikit pun kisah ni tidak mematahkan semangat aku. At least aku ada blog dan boleh kongsi dengan korang kalau ada artikel baru yang aku tulis tentang seni dan budaya.

8 comments:

Anonymous said...

itulah antara ranjau-ranjau yang anda perlu lalui untuk mencapai kejayaan.teruskan.

.::WaNiE::. said...

alahai bawak bawak bersabar yep

LUKISAN PENA said...

tak patut btoll..

Anonymous said...

Bersabarlah . Teruskan menulis. Yang tu kira sedekahkan saja pada individu berkenaan.

kayrol said...

bersabar jerlah kan...dah memang mcm tu sifat manusia.....

Azni Aziz said...

Thanks yaa kengkawan, bagi semangat!

CikLilyPutih said...

la cam tu plak, jahatnya minah tu lah. sabo okeh.

sophie said...

Laa..cmtu lak..essay sophie masuk mjalah sekolah kalaw eja nama salah mesti sedyh..nie kan lngsung tak msuk nama..haish

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails