April 29, 2010

Koc Merah Jambu Khas Untuk Wanita

cerita pasal merah jambu, tapi gambar kaler biru.....belasah ajer!

Terima kasih kepada KTMB yang memperkenalkan koc merah jambu ni. Sweeet sangat! Akhirnya nasib kaum wanita yang menggunakan perkhidmatan komuter terbela. Kelasss gitu. Dulu aku merupakan pengguna setia komuter. Selama 4 tahun aku ulang-alik ke tempat kerja dengan komuter. Pengalaman? Tok sah cakap lah, banyak yang masam dari yang manis. Hari² naik komuter dengan muka ketat jer. Almaklum lah terpaksa berhimpit-himpit dan berebut nak masuk. Pendek kata, hari² aku jadi sardin dalam tin.

Itu cerita bab sesak, belum lagi komuter delay atau rosak. Kesimpulannya orang yang naik komuter ni dia punya semangat juang dan tahap kesabaran memang tinggi lah. Apa nak buat, time tuh, tiket komuter je yang mampu aku beli.He..he...

Bila KTMB umumkan penggunaan koc khas untuk perempuan, aku rasa satu langkah yang bijak. Bukan apa, paham² lah bila dah berhimpit-himpit ni, macam-macam hal boleh terjadi. Alhamdulillah sepanjang 4 tahun menggunakan komuter, kejadian meraba belum terkena dekat aku. Cuma yang sengaja nak menggesel tu ada lah. Tapi, kawan aku selalu terkena dan menjadi mangsa kaki raba.Tuhan sajalah yang tahu perasaan kami kaum wanita nih bila terkena kejadian macam tu.

Pada yang terlepas berita mengenai koc merah jambu, boleh klik sini untuk berita selanjutnya. mStar Online: Koc Komuter Khusus Untuk Wanita Bermula Hari Ini

Lagi satu, tolonglah hebahkan berita gembira ni kepada keluarga, sedara mara atau kengkawan perempuan u all yang menggunakan perkhidmatan komuter. Kalau ada sebarang cadangan dan pandangan boleh hantar kepada komuter4u@ktmb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di 1300-88-5862.

Nampaknya lepas ni boleh la aku naik komuter balik. Jimat belanja mak cik!

5 comments:

.::WaNiE::. said...

suka !!

sI tEDI said...

x de pengalaman naik komuter! :(

ツ ZatiL e-OneNiey said...

nk singgah kt cini gak!!

sy sgt suke gan koc merah jmbu nie!

mekasih kpd KTM sbb m'hargai kaum wanita...ewahhhh~~ :)

SUHAIDA SUPALIO said...

suka..suka..suka..

i follow u

ardisia said...

semalam sy ke mid-valley, masa pergi ok, hala balik, ada 3-4 'jantan' kulit hitam dgn bangganya duk dlm koc tu, ada la 2 org lelaki Indonesia, duk ctu jugak, tp sekurang2nya, depa malu alah, pastu bagi ladies duduk, tp si hitam tak manis tu buat dek sampai sudah!sakit hati,..tiada pula staf KTM yg dtg selia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails