Hehe…aku baru jer balik dari Mid Valley, tengok wayang Niyang Rapik. Niat dihati nak tengok My Name Is Khan, takde la plak citer tu di Mid Valley. Since mata pun blom ngantuk, aku nak update and story sket pasal filem ni. So pada sapa2 yang belom tengok citer nih boleh la dapat gambaran sket.
O.K movie review. Tengok Niyang Rapik boleh jadi penat sih. Mana tak nya, asyik terkejut tengok hantu. Memang banyak kejutan lah cerita nih. Pendek kata kejutan demi kejutan. Citer dia best la, ada motif dan tak meleret serta merapu. Dibintangi oleh Zed Zaidi (Saiful), Fizz Fairuz (Zack), Sam (Zizan), Kamal Adli (Hilmi), Awal (Amir) dan sekuntum bunga si Liyana Jasmay (Laila). Syok la kalau jadi Liyana Jasmay coz dikelilingi kumbang2 yang ensem (uwekkk…).
Citer ni bermula dengan kematian Zack (Fizz Fairuz) akibat busung setelah pulang daripada kampung Niyang Rapik. Kematiannya membimbangkan kawan-kawannya yang lain yang turut serta dalam kajian sejarah di kampung terbabit.
Jadi kawan-kawan dia yang terdiri daripada Helmi, Saiful, Zizan dan Amir bercadang kembali ke Niyang Rapik untuk memulangkan kerambit lama yang diambil sewaktu melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di sana.
Kerambit yang diambil arwah Zack dikhuatiri menjadi penyebab kepada kematiannya, namun setelah memulangkan pusaka tersebut kepada tuannya, mereka masih diganggu pelbagai kejadian aneh.
Keadaan menjadi semakin huru hara, anggapan mereka tersasar. bukan kerambit menjadi punca. Kesilapan silam kembali menghantui.
Apa sebenarnya perkara yang mereka lakukan hingga membawa kepada kematian Zack? Siapa diantara mereka yang harus bertanggungjawab? Jadi untuk menjawab semua tu silalah korang ke pawagam behampiran untuk menonton filem Niyang Rapik. Ayuuuhhh…sokonglah filem Malaysia!
Secara keseluruhannya, filem ni tak boring ditonton. Lagi satu lakonan para pelakon pun bagus. Waah semuanya pujian, tapi jangan risau, aku tidak disogok oleh Ahmad Idham untuk mempromote citer ni. Apa yang aku tulis hanyalah dari pandangan peribadi aku.
Kalau nak tahu citer di sebalik tabir filem ni, klik SINI.
13 comments:
ghost movie? dont dare to watch =P
kenwooi.com
eeee..citer hantu..best..hehehe..updated blogger terhebat
Why ahmad idham suka buat cerita yang asyik mengajak orang ke panggung je nih?HAISHHH!
haha..citer hantu yang bikin jantung berdegup kencang. bukan sebab takut, tapi terkejut. setakat ni citer ahmad idham ok la kan. ni tengah time dia.
cm best jee..
macam mantap jek..dapat dah idea nk tgk cite apa nnti..trimas!
best eh niyang rapik. berhajat jugak nak tengok.
datang dari forum geng blogger. sudah kota janji mahu melawat. = )
http://yanalililala.blogspot.com
i sudah follow u, u bile lagi??
citer niyang rapik memang best and u rite tengok cite ni asyik terkejut je.. terkejut ngn hantu..
hihih..
mill dollar guy...i dah follow u.anyway tq follow my blog
tgk poster die cam sgt myramkn. takut la nk tgk..
xdelah seram tahap gaban connie...
my cinta dah lama ajak tgk citer ni bersama...tapi tak berkesempatan lagik..orang akan ke panggung menonton!! tunggguuuuu
p/s: knp tak sediakan ruangan name/url untuk orang yang ade domain sendiri...sian orang...blogspot takde ar...orang pakai domain wordpress
Post a Comment