February 8, 2010

Adnan Sempit Pecah Panggung!

Adnan Sempit…filem kedua aku tonton tahun ni bersama partner wayang aku, Nurul. Agak lambat aku tulis mengenai filem ini, padahal akulah antara yang terawal menontonnya. Tak sempat sih…

Tapi takpe, filem Adnan Sempit ni masih hangat diperkatakan. Mana taknyer, hari pertama tayangan, filem ni dah pecah rekod tergezut satu Malaya dengan collection luar biasa iaitu melebihi RM500,000.00. Boleh pecah panggung la filem nih. Aku tumpang bangga, filem kita mendapat sambutan ramai.

O.K, movie review : Bila tengok trailer filem ni, aku dah boleh agak ceritanya mengenai Mat Rempit. Tapi yang buat aku tertarik nak tengok citer ni sebab ada unsur² komedi, plus….nak mengisi masa malam minggu.

Mula² aku agak citer ni macam citer² Mat Rempit yang lain lah, yang mengangkat kisah lumba haram, cuma dalam versi komedi.. Ooopss! Rupanya aku tersasar dari landasan (sikit jer). Rupanya citer ni pasal Adnan, mat despatch yg jatuh cinta dekat bos dia, Nadia. Adnan, seorang yang tidak mempunyai pendidikan tinggi dan hanyalah seorang ‘mat motor’. Manakala Nadia, seorang wanita berkarier serta berasal dari keluarga kaya. Macam cerita Hindustan plak. Cinta antara dua darjat wa cakap lu!

Walaupun berbeza latar belakang, diaorang akhirnya saling jatuh cinta setelah melalui pelbagai insiden yang tidak diduga. Kebaikan dan ketulusan hati Adnan berjaya menambat hati Nadia walaupun pada mulanya dia malu dengan tingkah-laku Adnan yang suka bergaul dengan ‘mat rempit’.

Ceritanyer biasa saja, lakonan pun biasa² jugak. Pada aku Sam lebih better bawak watak antagonis. Intan Ladyana pun bawa watak gedik lagi baik. Cume citer ni, watak pelakon pembantu lagi menonjol, contohnya watak Along Raja Lawak yang menjadi kawan baik kepada Adnan.

Secara keseluruhannya pada aku Adnan Sempit menghiburkan..... tak rugi melabur RM11. Citer ni memang tak de mesej bagi aku. Sekadar hiburan ringan. Tengok citer ni tak payah nak fikir² dan pening² kepala. So, sesuai untuk release tension. Lagi satu keistimewaan citer ni skrip dia yang catchy. Boleh gelak satu panggung. Pendek kata dari mula sampai abis citer la aku gelak.

Apa tunggu lagi, bawaklah rombongan ke panggung wayang berdekatan. Ramai² kita pakat sokong filem Malaysia.


2 comments:

jajarina said...

adnan sempit mmg lawak.. thumbs up! =)

I am Me said...

setuju-setuju

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails