February 22, 2010

Semua Stesen Radio Diwajibkan Putar & Promote Lagu2 Artis Tempatan?

mstar.com.my


Ini berita baik untuk industri muzik negara kita.Kepada pencinta & penggiat muzik tempatan, korang patut bersyukur kerana kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu memajukan industri muzik tempatan.

Mulai 1 Mac ini, semua stesen radio di negara ini diwajibkan untuk memutar lagu-lagu dari album atau 'single' terbaru artis tempatan untuk temph tertentu. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dat0' Seri Rais Yatim dalam sidang media yang diadakan di Finas pada petang hari ini.

"Langkah ini akan menjadi salah satu syarat pemberian lesen stesen radio di negara ini. Saya juga percaya pemegang lesen stesen radio tidak akan keberatan untuk mematuhi arahan tersebut", katanya. (Rasa macam wartawan tulis berita la pulak!)

Arahan itu akan dikuatkuasakan mengikut Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 supaya stesen-stesen radio memutar dan mempromosikan lagu2 artis tempatan kerana didapati lagu2 dari artis luar lebih mendapat tempat di stesen radio tempatan.

Nah, apa pendapat korang? Aku rasa ini adalah suatu tindakan bijak kerajaan memandangkan kita sudah lama terbuai dengan lagu2 dari luar sehinggakan terlupa dengan irama muzik tempatan. Sayangkan?

Bukan lah aku cakap lagu dan muzik luar ni tak penting dan menjatuhkan industri muzik tempatan. Cuma, siarannya perlu diseimbangkan. Muzik2 luar ni penting jugak untuk dijadikan saingan secara sihat kepada industri muzik tempatan. Aku sokonglah Karyawan mintak nisbah 60:40.

Lagu2 artis kita bukan tidak bagus, tapi kurang diputarkan dicorong-corong radio. Tapi, kepada artis atau pemuzik tempatan, jangan la pulak ambil kesempatan dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Mentang-mentanglah kerajaan dah bagi syarat wajib cenggitu, asal boleh je keluarkan lagu. Lagu yang nak dikeluarkan nanti biarlah bermutu, sedap didengar dan boleh dibanggakan, barulah meriah industri ni. Betul tak?

Majulah Muzik Untuk Halwa Telinga!




5 comments:

AJ said...

ussh,sudah diwajibkan?adakah ini tindakan yg bijak?

Azni Aziz said...

untuk kebaikan industri tempatan.tp tak larang pun nak putar lagu luar

Anis Zahorin said...

huhu lama dah tak dengar radio...xtau pun lagu apa yg best sekarang..

CITY® said...

i suka dgr suria

sebab

ho
lo

=

halim othman
linda onn

heeeeeee

Floor Heating Bend said...

Thanks great blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails