February 23, 2010

Aku Wanita Istimewa

Waah tajuk bikin gempak! Ada baca Berita Harian hari ni? Apasal CEUPACS nak bimbang penguasaan penjawat wanita dalam sektor awam? Dah memang populasi wanita lebih kat Malaysia ni. Lagi satu, dah memang wanita layak nak buat macam mana kan?

Kita abaikan je isu tuh. Sebab aku tak yakin aku tidak akan beremosional kalau nak komen isu diskriminasi gender nih.

O.K, aku just nak share apa yang aku baca dalam Berita Harian tiga hari lepas. Masih berkaitan dengan wanita kerana aku nak semua kaum hawa kat luar sana bangga diciptakan sebagai wanita. Dan..kalau ada lelaki yang baca entri nih, sama-sama lah fahami, hayati dan hargailah wanita.


11 Keistimewaan Wanita
  • Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin di rahimnya, maka malaikat beristighfar untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan
  • Apabila seseorang wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalanNya.
  • Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya
  • Apabila lahir anak dan disusukan, maka setiap satu tegukan susunya diberi satu kebajikan
  • Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah memberikannya pahala sedekah seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
  • Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yangs entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail
  • Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh
  • Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu
  • Syurga di bawah tapak kaki ibu

3 comments:

fitri oh fitri said...

wah, benarkah anda wanita itu? haha.






www.fitridzulkifli.blogspot.com

kenwooi said...

every women is special in their own ways =)

kenwooi.com

small magician said...

rase nak cari isteri..
huhu

http://yoycullen.com/2010/02/23/lagi-lagi-facebook/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails