Dunia perniagaan bukanlah asing
bagi aku. Keluarga sebelah ayah aku ramai terlibat dengan perniagaan. Datuk aku
mengusahakan perniagaan kayu, kakak dana bang kepada ayah aku berniaga barangan
runcit dan kedai kopi. Manakala ibu aku sebelum kami sekeluarga berpindah ke
Gua Musang berniaga pakaian di Pasar Siti Khadijah.
Darah meniaga memang mengalir
dalam tubuh ini. Sementelah lagi kami wanita dari negeri Cik Siti Wan Kembang
sudah sinonim dengan perniagaan. Sedikit sebanyak dalam fikiran pasti terdetik
untuk berniaga.
Sebenarnya aku tidak pernah
bersungguh dalam perniagaan. Sekadar suka-suka dan ingin mencuba. Semasa
bekerja di GIATMARA, aku bersama dua orang kawan, Farah dan Ana berkongsi modal
menjual tudung bawal dari Kelantan. Pada waktu itu, tudung bawal Kelantan
tengah diminati. Sebagai orang Kelantan, aku lah yang dipertanggungjawabkan
untuk mendapatkan bekalan tudung tersebut.
Kemudiannya sewaktu bekerja di
KeKKWa (Kementeria Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) aku menjadi ejen biskut
raya kepada kawan. Sempat lah beberapa tahun berniaga biskut raya. Untung jual
biskut raya tu dapat lah aku membeli ole-ole biskut raya untuk dibahagikan
kepada rumah mak aku dan juga rumah nenek aku. Waktu tu masih bujang, rumah
sendiri tak perlulah sediakan biskut raya.
Seterusnya, aku menambah lagi portfolio
perniagaan aku dengan menjual pakaian wanita. Kali ini aku berkongsi modal
dengan kak nurul. Cuma kali ini kami berniaga secara atas talian dengan
menubuhkan sebuah blog http://wwardrobekl.blogspot.com/. Urusan teknikal diserahkan kepada kak nurul kerana dia
lebih pakar. Model kami gunakan khidmat kawan pejabat saja, iaitu Syda. Memandangkan
dia pangkat adik-adik kepada kami, jadi dia menjadi mangsa buli kami untuk
menjadi model. Lokasi shooting hanya
dalam pejabat saja. Itulah, berniaga secara atas talian ni, lain cabarannya.
Tanpa ilmu dan kesungguhan, maka yang tinggal hanya blog http://wwardrobekl.blogspot.com/ sahaja sebagai kenangan.
Selepas berkahwin aku berpindah
rumah dan tempat kerja ke Putrajaya. Di sini aku tidak lagi berniaga biskut
raya. Walaupun aku hanya berniaga secara suka-suka, tapi kalau tidak ada benda
untuk dijual, mulalah terasa bosan. Pada waktu ini trend orang berniaga secara online. Hari-hari buka Facebook tengok
iklan orang berniaga. Aku mula berkira-kira untuk cuba berniaga menerusi Facebook.
Akhirnya aku diketemukan dengan produk yang diperbuat dari tanah liat, “Clayever”.
Pengasanya kalua tidak silap dari Pahang. Clayever ni produk untuk merawat
masalah kulit. Berniaga Clayever ni pun tidak lama. Hanya sempat dua kali restock, kemudia aku berhenti. Lagi
sekali aku tekankan berniaga secara atas talian perlukan ilmu dan kemahiran.
Selepas Clayever, aku terjebak pula
dengan perniagaan menjual pakaian budak. Kali ini aku lebih fokuskan jualan
secara offline. Kami memasang
strategi dengan memasang ejen di kampung kerana di sana tidak ramai yang
menjual pakaian budak serendah RM5. Tapi sementara itu aku wujudkan juga Page di
Facebook iaitu Pakaian Budak Terlajak Murah. Perniagaan ini juga tidak lama
kerana aku mengandung anak kedua dan mengalami alahan yang teruk.
Semasa berpantang anak kedua,
setiap hari aku buka dan scroll Facebook
dengan harapan terjumpa peluang perniagaan baharu. Sehinggalah aku ternampak
post dari Puan Hayati yang sedang mencari Jemaah untuk perniagaannya. Dengan
bermodalkan RM30 sebagai yuran keahlian, aku dimasukkan ke dalam group
Whatsapp. Di sini kami di ajar ilmu-ilmu sebagai permulaan untuk berniaga
secara atas talian dengan tertumpu kepada Facebook dan Instagram. Kebetulan
juga rakan-rakan Jemaah lain ada yang sudah berpengalaman dan tidak lokek
berkongsi ilmu. Maka bermulalah episod aku sebagai dropship Hayat Hijab dan kemudian naik pangkat sebagai ejen.
Apabila perniagaan Hayat Hijab makin berkembang, kami dipecahkan mengikut
kumpulan stokis. Aku telah memasuki kumpulan Amalina stokis Puchong dan Iman
stokis Sepang. Sangat berterima kasih kepada mereka kerana banyk ilmu yang
telah dicurahkan.
Facebook page aku yang dulunya
aku jenamakan semula dengan nama Hayat Hijab Putrajaya (Kini Hijab Nuur,
sebagai langkah persediaan akan datang). Aku wujudkan juga Instagram dengan
nama yang sama. Aku beranikan diri melantik dropship
sendiri. Ilmu-ilmu yang dikongsi oleh stokis aku salurkan kepada dropship. Selain itu aku buat juga
secara offline. Alhamdulillah, ilmu yang diajar aku
aplikasikan sepenuhnya dan ia menampakkan hasil. Selama setahun terlibat dengan
perniagaan tudung ni dapatlah aku menabung sedikit. Dalam Jemaah ini kami bukan
sahaja diajar ilmu perniagaan, malah turut di ajar cara menguruskan duit
perniagaan.
Malangnya berlaku masalah dalaman
di peringkat pengurusan, ramai stokis yang lari. Ada yang mengeluarkan jenama
sendiri. Group Whatsapp juga sunyi.
Tiada lagi sapaan dari pengasas dan macam-macam lagi isu timbul. Waktu ini aku
mula bosan. Semangat pun makin luntur dan aku pun meletakkan titik noktah
sebagai ejen Hayat Hijab.
Berbekalkan minat dan sedikit
ilmu dalam perniagaan online, kini aku masih mengintai-intai peluang perniagaan
lain. Aku sendiri tidak sangka, dalam buat hanya sekadar suka-suka, dah
bermacam-macam aku jual!
1 comment:
Kalau akak tak keberatan,boleh tak share ilmu ajak sikit? Sbb saya baru berjinak-jinak jgk jadi agen ni 😁🥰
Post a Comment