Foto : JaPen
Hari ini 15 April aku telah
telah ditugaskan sebagai urus setia pertandingan ‘Bowling Media Strikes Again
2017’ di IOI Mall Putrajaya. Program ini adalah acara tahunan anjuran Jabatan
Penerangan Malaysia (JaPen) bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama
antara pengamal media dan JaPen.
Program yang memasuki tahun kelima ini
disertai 34 pasukan daripada 23
agensi yang terdiri daripada media cetak, elektronik dan media dalam talian. Penganjuran program ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima
kasih kepada media massa yang merupakan rakan strategik dalam membantu memasarkan
maklumat dan promosi aktiviti JaPen selama ini.
Dengan jatuhan
pin sebanyak 1,341 melayakkan pasukan Utusan Mega muncul juara pertandingan ini
mengalahkan 34 pasukan lain. Mereka membawa pulang wang tunai RM1,000 dan
hamper. Manakala pasukan NTV7 dinobatkan
sebagai Naib Juara dengan jatuhan pin sebanyak 1,313 dan pasukan RTM meraih
tempat ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 1,267.
Bagi
kategori individu, dua wakil NTV7 Ahmad Fadhilah Abdul Aziz dan Lyana Ramli
dinobatkan pemenang selepas melakukan 427 dan 273 jatuhan pin. Kedua-duanya
membawa pulang RM200.
Majlis
perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan
Strategik) JaPen, Dato’ Mohd Sukari Ab Hamid, Pengurus Besar BERNAMA Datuk
Zulkefli Salleh, Ketua Berita Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Encik Nasharudin
Tajudin dan Ketua Pengarang Thaimoli Encik Tamilselvan yang membuat balingan
pertama sebagai tanda simbolik.
Walaupun
program bermula agak lewat dari waktu yang ditetapkan kerana beberapa masalah
teknilkal, namun ia berakhir dengan baik. Rata-rata peserta berpuas hati. Dalam melaksanakan apa-apa jua program,
kerjasama pasukan amat penting. Barulah kerja berjalan lancar dan hati pun
seronok.
Habuannya,
usai program bos belanja kami makan Texas Chicken!
No comments:
Post a Comment