Teks : Azni Aziz
Jika disebut hutang adalah satu
kemudahan, pasti ramai yang skeptical dengan pendapat ini. Saya dengan yakin
berani mengatakan setiap dari kita pasti terlibat dengan hutang. Bezanya Cuma pada
jumlah dan tujuan hutang tersebut.
Lumrah kehidupan manusia, memang ada
keinginan. Timbul masalah apabila kekangan kewangan yang dihadapi membuatkan
kita tidak mampu untuk memenuhi keinginan tersebut.
Entri ini bukanlah bertujuan
menggalakkan orang untuk berhutang. Tetapi saya suka melihat hutang ini dari
kedua-kedua sudut (kemudahan dan beban).Terdapat beberapa sebab kenapa saya katakan
hutang itu sebagai kemudahan jika ianya dimanfaatkan dengan betul.
·
Rumah dan
kenderaan
Rumah dan kenderaan adalah keperluan
asas bagi kita menjalani kehidupan pada masa kini. Cuba bayangkan harga sebuah
rumah dan kenderaan menelan belanja puluhan ribu. Berbekalkan gaji bulanan yang
sederhana, berapa lama kita perlu menabung untuk membeli rumah dan kenderaan
secara tunai. Dengarpun sudah mustahil bunyinya kan?
Disebabkan ianya adalah keperluan
yang harus dibeli, dengan adanya kemudahan hutang memungkinkan kita untuk
memiliki rumah dan kenderaan tersebut. Namun, padai-pandailah kita mengukur baju di badan sendiri nanti.
Jangan pula mengidamkan rumah dan kenderaan melebihi kemampuan sendiri.
Wajibkan diri untuk membayar ansuran bulanan agar kemudahan ini tidak bertukar
menjadi bebanan.
·
Peralatan/Perabot
rumah
Takkan
beli kelengkapan rumah pun nak berhutang kan? Betul, tapi macam mana bagi yang
tak mampu nak beli secara tunai? Contohnya peti ais, mesin basuh, dapur dan
perabot asas. Bagi saya itu semua kelengkapan yang diperlukan bagi setiap rumah
pada masa sekarang. Dengan kemudahan hutang, dapatlah isi rumah menggunakan
kelengkapan tersebut sebagai kemudahan harian. Sekali lagi ditegaskan, belilah
barang yang sebetulnya menjadi keperluan. Sekiranya ia jatuh kepada perkara
sampingan elakkanlah mendapatkannya dengan kaedah hutang.
·
Pembiayaan
pelajaran
Bagi
yang datang dari keluarga yang berkemampuan pastinya mereka tidak memerlukan
PTPTN, JPA, MARA atau institusi lain untuk menaja pengajian mereka. Begitu juga
bagi golongan yang bernasib baik menerima biasiswa untuk pengajian mereka.
Tetapi bagaimana pula dengan golongan yang tidak berkemampuan. Peluang
menyambung pengajian sudah ada tetapi tersepit dengan maslah kewangan. Pasti dengan adanya kemudahan pinjaman yang
ditawarkan dapat membantu mereka meneruskan pengajian.
Bagi
adik-adik yang memilih menggunakan kemudahan ini, jadikanlah ia sebagai
tanggungjawab untuk belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk
melangsaikannya secepat mungkin.
Apabila
tamat pengajian dan memperoleh pekerjaan kelak, jangan bertangguh menyelesaikan
hutang ini kerana adik-adik di bawah kita nanti juga mungkin memerlukan
kemudahan ini.
Kesimpulannya,
hutang itu akan menjadi kemudahan sekiranya kita gunakannya dengan cara yang
betul. Gunakan kemudahan hutang sekiranya kita yakin dan mampu untuk bayar
balik.
5 comments:
Ye Zaman skrg kite mmg xbleh lari dari berhutang~
Jadi kita perlu mengurus kewangan dan perbelanjaan dengan bijak. :P
http://thisiszaimie.blogspot.com
utang ikut kemampuan.
jgn utang ah long sudeyy
1 & 2 saja, kad kredit tak mo amik nanti overspent
peralatan/perabot rumah.. rasanya tak perlu hutang kot. tambah beban jek.
berbelanja dgn bijak! =) kalo ada duit cash banyak, bayar saja secara tunai, jgn ajar dri berhutang, org kata bila dh sekali berhutang jd tabiat yg susah nk kikis =)
boleh je nk berhutang..janji halal..huho..tapi kebanyakan hutang2 sekarNG datang satu pakej ngan riba..a.k.a interest..huho..
Post a Comment