Teks : Azni Aziz
Perkongsian saya tentang Pasar
Munduk, Thailand sebelum ini hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dan
kegilaan rakyat Kelantan membeli-belah di sana.
Rupanya tanpa saya sedar,
perkongisan saya itu secara tidak langsung telah mewar-warkan aktiviti yang
menyalahi undang-undang.
Sebetulnya aktiviti
menyeberangi sempadan tanpa menggunakan dokumen perjalanan yang sah malah
menggunakan jalan tikus iaitu laluan yang tidak diwartakan adalah salah di sisi
undang-undang. Jadi sudah ada dua kesalahan di situ, kata seorang teman Siti Nadzifah
Abdul Rahman, seorang Pegawai Imigresen.
Jika ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia, ia boleh dikenakan tindakan
mengikut Akta Imigresen 1959 Seksyen 6 (3) yang memperuntukkan kompaun sebanyak
RM10,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
No comments:
Post a Comment