Teks : Azni Aziz
Sejak kebelakangan ini, kesihatan aku sedikit terganggu.
Rasanya aku telah mula terkena symptom alahan. Iyalah, kandunganku juga seduah
berusia enam minggu.
Kalau mengikut dua kali pengalaman sebelum ini, tahun saja
diri mengandung, aku mula mengalami alahan teruk sehinggakan terpaksa mengambil
cuti tanpa gaji di awal kandungan. Harapnya kandungan kali ini aku terlepas
dengan pengalaman peritnya alahan mengandung.
Dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan, suamilah yang
mengambil alih tugas-tugasku di rumah. Dari urusan anak-anak, memasak, cuci dan
lipat kain, dialah yang uruskannya. Cuma bab mengemas rumah sahaja dia tidak
pandai. Tidak mengapalah, perlahan-lahan aku buat bila rasa sedikit cergas
nanti.
Kebetulan pula semalam, pulang dari kerja aku betul-betul
tidak larat. Tiba-tiba rasa tidak selesa di perut dan mengigil kesejukan.
Sampai di rumah aku terus ke bilik dan
berselimut.
Hampir masuk waktu maghrib, suami masuk ke bilik dan
bertanya, “ ayang nak madi air sejuk ke panas?. Dah nak masuk waktu maghrib ni,
bangunlah mandi dan solat. Nanti sambunglah rehat.”. Tanpa menunggu jawapan
dari aku, dia terus ke dapur dan menjerang air. Lima minit kemudian dia masuk
semula ke bilik dan mengarahkan aku untuk mandi. Air panas telah disediakan di
bilik air.
Perasaan aku? Tentulah terharu. Terima kasih encik suami,
dalam sibuk melayan karenah anak-anak kecil dan uruskan rumah, kebajikan isteri
tetap dijaga.
Sejujurnya suami aku bukanlah seorang yang romantik. Jika
impikan kejutan pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan, mimpi di siang
harilah jawabnya. Kalau dia ingat tarikh saja itu sudah cukup baik.
Seperti cantik dan bahagia, romantik juga sesuatu yang
subjektif. Jika suami kita tidak berlagak seperti hero di dalam filem atau
drama cinta, terimalah seadanya dia. Keikhlasan dia menjaga kita seisi keluarga
itupun sudah dikira romantik!
No comments:
Post a Comment