Teks : Azni Aziz
Foto : Google
Akhir tahun lepas aku berpeluang membaca buku Mudahnya
Menjemput Rezeki tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin. Buku ini dibeli dari seorang
rakan. Pada mulanya tujuaan asal aku membaca buku ini adalah untuk engetahui
teknik-teknik spesifik menjemput rezeki dengan mudah. Memandangkan waktu itu
aku terlibat dengan perniagaan kecil-kecilan.
Bila disebut perkataan rezeki, pastinya kita terbayangkan
duit yang menimbun, rumah besar, kereta mewah, perniagaan yang menguntungkan
dan sebagainya. Apabila kita tidak dapat mencapai setiap satu yang disebut
tadi, mulalah kita mengeluh dan merasakan sempitnya rezeki kita.
Allahuakbar! Sempitnya pemahaman aku mengenai rezeki Allah.
Namu setelah helaian demi helaian buku ini dibaca, aku mula memahami maksud dan
konsep rezeki.
Tahukah kita, setiap apa yang memberi manfaat kepada kita,
itulah disebut rezeki. Sihat itu rezeki, bahagia itu rezeki, banyak masa juga
rezeki, tidak putus idea itu rezeki, dapat yang baik-baik juga adalah rezeki.
Betapa luasnya rezeki Allah s.w.t.
Selian dapat memahami konsep rezeki, buku ini juga
menjelaskan perbezaan menjemput rezeki dan mencari rezeki. Menjemput rezeki
adalah lebih mudah daripada mencari rezeki kerana kita sudah tahu rezeki hanya
datang dari Allah. Sedangkan rezeki kalua dicari, kita belum tahu di mana
tempatnya. Mulalah kita beralih dari satu kerja ke satu kerja dan timbullah
perasaan sukanya mendapat rezeki.
Lagi satu bab yang paling berkesan dalam buku ini iaitu
konsep ‘milik kita belum tentu rezeki kita!” Contohnya gaji bulanan kita.
Adakah sepenuhnya kita gunakan untuk kegunaan kita. Tentu tidak bukan? Kerana
di situ ada rezeki anak-anak kita, rezeki tuan rumah (jika mendiami rumah
sewa), rezeki penjual pakaian yang kita beli dan lain-lain lagi. Begitulah
kitaran rezeki, sering berkait dengan persekitaran kita.
Kesimpulannya, tidak jemu membaca buku ini kerana setiap muka
surat terkandung ilmu yang bermakna. Di sini saya kongsikan antara tips
terkandung dalam buku ini.
11 Cara Menjemput Rezeki
- · Utamakan solat wajib
- · Amalan solat tahajjud kunci pembuka segala pintu rezeki
- · Amalan Solat Dhuha
- · Sentiasa basahkan lidah dengan zikrullah
- · Banyakkan berdoa kepadaNya
- · Doakan juga kebaikan kepada orang lain
- · Sedekah
- · Jadikan amalan membaca al-quran
- · Amalkan asma al-husna
- · Teruskan berusaha
- · Sentiasa bersyukur kepada Allah
No comments:
Post a Comment