Foto : Google
Siapa sangka tapak asalnya dulu adalah sebuah kilang bateri
kini dibangunkan sebagai tempat membeli-belah dan sesuai untuk seisi keluarga.
Masih mengekalkan nama sebagai Kilang Bateri bagi
menggambarkan keunikannya tersendiri kini Kilang Bateri tersenarai sebagai
lokasi pertama daripada empat wajib dikunjungi di Johor Baharu selepas Pasar
Karat, Johor Premium Outlet dan Puteri Harbaour.
Kilang Bateri yang terletak di Jalan Tampoi ini dibangunkan atas usaha gabungan tiga
syarikat bumiputera tempatan iaitu Fun Time Sdn. Bhd., Johor Concept dan Skala
Reka Sdn. Bhd. Pembangunannya masih mengekalkan sebahagian struktur bangunan
lama dan selebihnya diubah suai dengan konsep vintaj dan hipster.
Berkesempatan berkunjung ke sini sewaktu mengikuti rombongan
Program Kembara Media 2016 Negeri Johor anjuran Jabatan Penerangan Malaysia
pada Oktober tahun lepas menerbitkan rasa kagum di hati saya. Bayangkan sebuah
tapak tinggalan Kilang Bateri Eveready yang berpindah operasinya ke Filipina
telah ditransformasikan menjadi sebuah pusat membeli belah berkonsepkan outlet
premium yang menawarkan produk-produk tempatan. Selain itu antara tujuan awal Kilang
Bateri diwujudkan adalah untuk menyediakan platform kepada orang muda
mengekspresikan diri mereka.
Kilang bateri yang mula dibuka kepada umum sejak Jun 2015 ini
kini mempunyai lebih kurang 30 kedai makanan
dan 150 kedai pakaian, aksesori, perkhidmatan gunting rambut, 'event space' dan sebagainya. Waktu operasinya adalah bermula dari 12.00
tengahari hingga 12.00 malam.
Ternyata mengubah kilang lama dan terbiar
sehingga menjadi tarikan bukan sahaja penduduk setempat tetapi pengujung dari
luar, memang disifatkan sebagai idea gila. Namun, itulah unik dan menariknya
Kilang Bateri yang berjaya menjadi antara tempat menarik di Johor
untuk dikunjungi jika bertandang ke Negeri Selatan Semenanjung ini.
Dicatatkan
Kilang Bateri menerima jumlah pengunjung yang semakin meningkat iaitu sebanyak
4,000 hingga 6,000 orang pengunjung pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan
Ahad). Selain itu, mereka juga menerima kunjungan daripada pengunjung Singapura
dan negeri-negeri berhampiran.
No comments:
Post a Comment