Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

June 22, 2017

E21- Memori Kad Raya

Teks : Azni Aziz
Foto : Azni Aziz



Zaman dulu, awal-awal puasa lagi dah sibuk beli kad raya. Memang dah siap sedia dengan senarai penerimanya. Masa itu kad yang mampu beli pun harga 50 sen atau pun yang dijual secara paket.

Untuk yang jauh, kad raya wajib diposkan awal dengan harapan orang yang terima tu sempat balas balik. Arwah ayah la jadi mangsa ke pejabat pos.

Seronok betul kalau terima kad raya. Terutamanya yang diposkan. Siap banding dengan kawan-kawan siapa terima lagi banyak kad raya dan kad raya siapa paling cantik.

Zaman sekolah dulu pernah juga hantar kad raya kepada artis seperti KRU, Siti Nurhaliza, Zamani Slam, Nora dan lain-lain. Adalah artis yang balas balik. Waah, masa tu ukan main seronok lagi. Siap menunjuk-nunjuk lagi pada kawan. Maklumlah dapat kad raya dari artis. Ada juga hantar tahun ni, puasa tahun depan baru dapat balasan!

Saya suka simpan kad-kad yang diterima. Semuanya ada nilai sentimental kerana setiap kad ada kenangannya.

Kini zaman dah berubah. Budaya pemberian kad raya sudah dilupakan. Hari ini pelbagai medium digunakan seperti Facebook, Instagram atau Whatsapp sebagai pengganti diri menyampaikan rasa kemaafan, keikhlasan dan tanda ingatan sempena Hari Raya.

Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.




April 19, 2017

E18 - Selamat Tinggal Sahabat

Teks : Azni Aziz

Pagi ini mendapat berita seorang sahabat dari Sarawak telah meninggal dunia. Sungguh aku terkejut kerana tidak pernah mendapat khabar beliau sedang sakit. Terasa ralat juga kerana jarang berhubung dengan beliau sejak akhir-akhir ini.

Dia aku kenal sewaktu menjalani kursus asas Penolong Pegawai Penerangan di Langkawi. Sudah menjangkau 10 tahun persahabatan kami. Tempoh kursus selama dua minggu pastinya mengeratkan lagi hubungan sesama peserta. Kebetulan sabahat ini menjadi jiran sebelah tempat dudukku selama dua minggu itu.

Teringat semasa di dalam kelas, jika ada kawan-kawan yang mengantuk pasti akan mendapat nota kecil dari beliau yang berbunyi “ mata memang tidak pandai malu”. Begitulah kami usik mengusik selama dua minggu di Langkawi.

Persahabatan aku dan beliau tidak terputus sehingga tamat tempoh kursus. Antara peserta-peserta lain, kami berdua kerap berhubung bertanya khabar. Perbualan terakhir aku bersama beliau adalah menerusi FB Messanger pada awal tahun ini. Beliau bertanyakan perihal banjir di Kelantan. Selalunya selain bertanyakan khabar masing-masing, topik perbualan kami adalah berkaitan isu-isu semasa.

Senang sekali aku bersembang dengan beliau dalam banyak perkara. Walaupun adakalanya tidak sependapat, tapi kami menghormati pendapat masing-masing. Mungkin juga faktor kematangan usia, beliau seringkali dapat meneka apa yang bermain di fikiranku untuk sesuatu isu walaupun jawapan yang aku berikan adalah jawapan selamat.

Pastinya kamu akan sentiasa diingati. Rest in Peace sabahat Lanie Belayong.


April 6, 2017

E3 - Catatan Pengalaman Bisnes Saya

Teks : Azni Aziz

Dunia perniagaan bukanlah asing bagi aku. Keluarga sebelah ayah aku ramai terlibat dengan perniagaan. Datuk aku mengusahakan perniagaan kayu, kakak dana bang kepada ayah aku berniaga barangan runcit dan kedai kopi. Manakala ibu aku sebelum kami sekeluarga berpindah ke Gua Musang berniaga pakaian di Pasar Siti Khadijah.

Darah meniaga memang mengalir dalam tubuh ini. Sementelah lagi kami wanita dari negeri Cik Siti Wan Kembang sudah sinonim dengan perniagaan. Sedikit sebanyak dalam fikiran pasti terdetik untuk berniaga.

Sebenarnya aku tidak pernah bersungguh dalam perniagaan. Sekadar suka-suka dan ingin mencuba. Semasa bekerja di GIATMARA, aku bersama dua orang kawan, Farah dan Ana berkongsi modal menjual tudung bawal dari Kelantan. Pada waktu itu, tudung bawal Kelantan tengah diminati. Sebagai orang Kelantan, aku lah yang dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan bekalan tudung tersebut.

Kemudiannya sewaktu bekerja di KeKKWa (Kementeria Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) aku menjadi ejen biskut raya kepada kawan. Sempat lah beberapa tahun berniaga biskut raya. Untung jual biskut raya tu dapat lah aku membeli ole-ole biskut raya untuk dibahagikan kepada rumah mak aku dan juga rumah nenek aku. Waktu tu masih bujang, rumah sendiri tak perlulah sediakan biskut raya.
Seterusnya, aku menambah lagi portfolio perniagaan aku dengan menjual pakaian wanita. Kali ini aku berkongsi modal dengan kak nurul. Cuma kali ini kami berniaga secara atas talian dengan menubuhkan sebuah blog http://wwardrobekl.blogspot.com/. Urusan teknikal diserahkan kepada kak nurul kerana dia lebih pakar. Model kami gunakan khidmat kawan pejabat saja, iaitu Syda. Memandangkan dia pangkat adik-adik kepada kami, jadi dia menjadi mangsa buli kami untuk menjadi model. Lokasi shooting hanya dalam pejabat saja. Itulah, berniaga secara atas talian ni, lain cabarannya. Tanpa ilmu dan kesungguhan, maka yang tinggal hanya blog http://wwardrobekl.blogspot.com/  sahaja sebagai kenangan.

Selepas berkahwin aku berpindah rumah dan tempat kerja ke Putrajaya. Di sini aku tidak lagi berniaga biskut raya. Walaupun aku hanya berniaga secara suka-suka, tapi kalau tidak ada benda untuk dijual, mulalah terasa bosan. Pada waktu ini trend orang berniaga secara online. Hari-hari buka Facebook tengok iklan orang berniaga. Aku mula berkira-kira untuk cuba berniaga menerusi Facebook. Akhirnya aku diketemukan dengan produk yang diperbuat dari tanah liat, “Clayever”. Pengasanya kalua tidak silap dari Pahang. Clayever ni produk untuk merawat masalah kulit. Berniaga Clayever ni pun tidak lama. Hanya sempat dua kali restock, kemudia aku berhenti. Lagi sekali aku tekankan berniaga secara atas talian perlukan ilmu dan kemahiran.

Selepas Clayever, aku terjebak pula dengan perniagaan menjual pakaian budak. Kali ini aku lebih fokuskan jualan secara offline. Kami memasang strategi dengan memasang ejen di kampung kerana di sana tidak ramai yang menjual pakaian budak serendah RM5. Tapi sementara itu aku wujudkan juga Page di Facebook iaitu Pakaian Budak Terlajak Murah. Perniagaan ini juga tidak lama kerana aku mengandung anak kedua dan mengalami alahan yang teruk.

Semasa berpantang anak kedua, setiap hari aku buka dan scroll Facebook dengan harapan terjumpa peluang perniagaan baharu. Sehinggalah aku ternampak post dari Puan Hayati yang sedang mencari Jemaah untuk perniagaannya. Dengan bermodalkan RM30 sebagai yuran keahlian, aku dimasukkan ke dalam group Whatsapp. Di sini kami di ajar ilmu-ilmu sebagai permulaan untuk berniaga secara atas talian dengan tertumpu kepada Facebook dan Instagram. Kebetulan juga rakan-rakan Jemaah lain ada yang sudah berpengalaman dan tidak lokek berkongsi ilmu. Maka bermulalah episod aku sebagai dropship Hayat Hijab dan kemudian naik pangkat sebagai ejen. Apabila perniagaan Hayat Hijab makin berkembang, kami dipecahkan mengikut kumpulan stokis. Aku telah memasuki kumpulan Amalina stokis Puchong dan Iman stokis Sepang. Sangat berterima kasih kepada mereka kerana banyk ilmu yang telah dicurahkan.

Facebook page aku yang dulunya aku jenamakan semula dengan nama Hayat Hijab Putrajaya (Kini Hijab Nuur, sebagai langkah persediaan akan datang). Aku wujudkan juga Instagram dengan nama yang sama. Aku beranikan diri melantik dropship sendiri. Ilmu-ilmu yang dikongsi oleh stokis aku salurkan kepada dropship. Selain itu aku buat juga secara offline.  Alhamdulillah, ilmu yang diajar aku aplikasikan sepenuhnya dan ia menampakkan hasil. Selama setahun terlibat dengan perniagaan tudung ni dapatlah aku menabung sedikit. Dalam Jemaah ini kami bukan sahaja diajar ilmu perniagaan, malah turut di ajar cara menguruskan duit perniagaan.

Malangnya berlaku masalah dalaman di peringkat pengurusan, ramai stokis yang lari. Ada yang mengeluarkan jenama sendiri. Group Whatsapp juga sunyi. Tiada lagi sapaan dari pengasas dan macam-macam lagi isu timbul. Waktu ini aku mula bosan. Semangat pun makin luntur dan aku pun meletakkan titik noktah sebagai ejen Hayat Hijab.


Berbekalkan minat dan sedikit ilmu dalam perniagaan online, kini aku masih mengintai-intai peluang perniagaan lain. Aku sendiri tidak sangka, dalam buat hanya sekadar suka-suka, dah bermacam-macam aku jual!

February 12, 2010

Nostalgia Band Pop Era 90-an

Aku sungguh teruja nak tulis entri ni. Ingat lagi tak dengan kumpulan 4U2C, Nico, A To Z, Kool, Feminin, Elite dan beberapa lagi yang seangkatan. Ala… kumpulan remaja yang yang menjadi kegilaan dan popular era 90-an dulu. Time nih aku tengah sekolah lagi. Sekarang ni, hanya kumpulan KRU je yang masih terus bertahan, tapi dah tak keluar album coz masing-masing dah tua dan sibuk meluaskan empayar business. Kumpulan yang lain-lain hanya tinggal nama saja.

Hmm.. rindu rasanya dengan era 90-an, zaman empayar muzik pop, rap dan hip hop. Ye lah, aku membesar bersama lagu-lagu mereka. Sedikit sebanyak dapat mengimbas kenangan zaman muda-muda dulu, sekarang pun muda lagi lah! Kewujudan mereka time tuh umpama satu fenomena baru kepada industri muzik temapatan yang ketika itu dikuasai oleh otai2 rock kapak.


Lagu KRU yang cukup popular dengan Mengerti,Awas, Ooo lala, Feminin dengan lagu Untukmu, 4U2C pula dengan lagu hitnya Fiona dan A to Z dengan itik Gembo-gembo terus diingati hingga kini. Malah kalau dengar balik lagu2 tu boleh tersenyum sendiri tau. Banyak nostalgia manis yang aku lalui bersama-sama dengan lagu-lagu diaorang.

Masa raya tahun lepas terubat la jugak rindu dekat mereka coz masa tu ada rancangan raya bersama kumpulan Senario yang jemput balik diaorang. Aku memang tak lepas peluang menonton. Tapi tak puas rasanya, sekejap sangat. Agaknya bila la stesen TV nak buat program panggil balik depa2 nih kan. Aku sure ramai yang nak tengok. Betul tak?

Nico
A to Z

KRU

Feminin


4U2C


Untuk akhiri entri ni mari kita ramai-ramai nyanyi lagi nih :


UNTUKMU
by Feminin

Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkan mu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya
Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi di hati
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta
c/o
Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara ku pasti
Suatu hari nanti cinta kita bersemi
Kembali menerangi mekar di taman hati
Walaupun jauh pandangan mata
Ku yakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah untukmu
#
Saban hari diriku menunggu
Khabar berita darimu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan di jiwa kau jadi penawar
Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semula janji bara cinta
(repeat c/o)





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails