Pagi ini mendapat berita seorang
sahabat dari Sarawak telah meninggal dunia. Sungguh aku terkejut kerana tidak
pernah mendapat khabar beliau sedang sakit. Terasa ralat juga kerana jarang
berhubung dengan beliau sejak akhir-akhir ini.
Dia aku kenal sewaktu menjalani
kursus asas Penolong Pegawai Penerangan di Langkawi. Sudah menjangkau 10 tahun
persahabatan kami. Tempoh kursus selama dua minggu pastinya mengeratkan lagi
hubungan sesama peserta. Kebetulan sabahat ini menjadi jiran sebelah tempat
dudukku selama dua minggu itu.
Teringat semasa di dalam kelas,
jika ada kawan-kawan yang mengantuk pasti akan mendapat nota kecil dari beliau
yang berbunyi “ mata memang tidak pandai malu”. Begitulah kami usik mengusik
selama dua minggu di Langkawi.
Persahabatan aku dan beliau tidak
terputus sehingga tamat tempoh kursus. Antara peserta-peserta lain, kami berdua
kerap berhubung bertanya khabar. Perbualan terakhir aku bersama beliau adalah
menerusi FB Messanger pada awal tahun ini. Beliau bertanyakan perihal banjir di
Kelantan. Selalunya selain bertanyakan khabar masing-masing, topik perbualan
kami adalah berkaitan isu-isu semasa.
Senang sekali aku bersembang
dengan beliau dalam banyak perkara. Walaupun adakalanya tidak sependapat, tapi
kami menghormati pendapat masing-masing. Mungkin juga faktor kematangan usia,
beliau seringkali dapat meneka apa yang bermain di fikiranku untuk sesuatu isu
walaupun jawapan yang aku berikan adalah jawapan selamat.
Pastinya kamu akan sentiasa
diingati. Rest in Peace sabahat Lanie Belayong.
1 comment:
Terima kasih Encik atas membuat tribute entry untuk bapa saya. semoga nilai persahabatan bapa saya sentiasa dalam ingatan Encik.
Post a Comment