January 20, 2011

E8 - Kelmarin di Pulau Pangkor

Teks & Foto : Azni Aziz


Alhamdulillah….akhirnya hasrat untuk ke Pulau Pangkor tertunai jugak. Dari tahun lepas aku sibuk mengajak kawan-kawan bercuti ke Pulau Pangkor, akhirnya 15 hingga 17 Januari lepas Aku, Kak Nurul, Yan dan Rehan berkesempatan ke sana. Tema percutian kami kali ini ialah “mandi-manda dan misi gelapkan kulit”. Tapi bahagian gelapkan kulit tu hanya tema Kak Nurul sorang!
Rombongan Cik Kiah

Perjalanan dengan bas dari Kuala Lumpur ke Lumut mengambil masa kurang lebih empat jam. Tambangnya RM24.70 sehala. Setibanya di hentian bas H.J.Raja Muda Musa, kami singgah di gerai untuk mengisi perut. Sambil tu datang seorang kakak ejen pelancongan menawarkan pakej bilik kepada kami. Memandangkan kami pun belum membuat tempahan bilik dari awal, jadi kami sepakat untuk menyewa di chalet Suria Beach Resot (SBR) dengan harga RM110 satu malam. Setelah perut diisi, hati pun senang, maka kami bergerak ke jeti untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor. Tambangnya RM10 untuk pergi dan balik dan laku dalam tempoh sebulan.


SBR ni terletak di Teluk Nipah. Chaletnya sangat selesa dan boleh muat sampai lima orang dalam satu bilik. Sesuai untuk yang datang bercuti secara kumpulan seperti kami. Lokasinya juga berdekatan dengan pantai dan juga tempat makan. Kata kawan yang pernah ke Pulau Pangkor, elok kalau menginap di Teluk Nipah berbanding Pasir Bogak. Jaraknya dalam 7km dari jeti. Pilihan penginapan di Teluk Nipah lebih banyak berbanding dengan Pasir Bogak. Tambahan pula harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan sangat sesuai bagi percutian bajet. Dari jeti untuk ke Teluk Nipah boleh dengan menaiki teksi van RM3 seorang, atau boleh juga terus sewa motor atau kereta jika mahu. Kami memilih untuk menaiki teksi sahaja.

Teksi Pink!

Usai daftar masuk dan bertukar seragam, apa lagi…kami meneruskan misi untuk mandi-manda. Di Pantai Teluk Nipah banyak menawarkan pakej sukan air. Boleh pilih mana-mana yang berkenan mengikut bajet anda. Sepanjang pantai pun ada ejen sukan air. Pada hari pertama kami memilih pakej ronda pulau dan snorkeling. Satu kepala RM15, tapi kalau nak pilih  snorkeling sahaja seorang cajnya hanya RM10. Harga yang sangat berpatutan.

Aktiviti utama...





aktiviti snorkeling


ronda pulau

Keesokan harinya kami bercadang nak ronda-ronda kawasan pulau. Mereka bertiga, Yan, Kak Nurul dan Rehan memilih utnuk berbasikal. Aku macam berat hati sebab penat berenang semalam tak habis lagi, ini nak kena kayuh basikal lagi. Tidak mengapalah, datang berkumpulan kenalah ikut suara majoriti. Bagi aku yang sejenis tidak tahan lasak ni, baik sewa motor sahaja dari basikal. Hmmm… memang tak mencabar langsung kan? Sewa basikal RM20 untuk sehari dan sewa motor RM40.
Ha..ha…. cukup sejam acara mengayuh, dah mula rasa penat. Almaklumlah, jalan di sana berbukit bukau. Rehan pun sudah tidak tahan lalu dia mengajak aku untuk tukar ke motor. Sudahnya, kami bedua sepakat untuk menyewa motor. Manakala Yan dan kak Nurul teruskan dengan berbasikal. Tetapi sudah masuk waktu  petang mereka juga memilih untuk menyewa motor.
Bila dan bermotor maknanya langkah pun semakin panjang. Bosan mandi, kami sambung ronda satu pulau dengan baju basah. Bukan sesuatu yang pelik pun buat macam tu di sana. Pusing punya pusing, terjumpalah kami dengan lokasi batu bersurat dan Kota Belanda. Tak sangka dekat pulau pun ada tempat bersejarah. Jadi, kami singgah la bergambar buat kenang-kenangan.


Puas meronda, kami sambung mandi lagi. Mandi sampai petang. Yan dan Kak Nurul cuba aktiviti berkayak. Sejam RM20. Kesian Rehan tak ada kawan nak berkayak, sebabnya aku ni sejenis penakut. Dalam takut sebenarnya teringin juga nak mencuba. Jadi aku buang rasa takut dan sempatlah juga merasa berkayak untuk 10 minit. Jadilah, buat pengalaman.





Batu Bersurat

Kota Belanda

Kayak weh....

Kalau kita tengah seronok, masa pun rasa cepat saja berlalu. Tibalah masa untuk kami pulang. Apapun percutian kali ini sangat menyeronokkan. Sampai hari ni mood bercuti masih belum hilang lagi. Aku rasa Kak nurul, Yan & Rehan pun mengalami simptom yang sama dan sebab itu lah aku abadikan kenangan itu di sini.

Bye-bye Pangkor....


1 comment:

asila elida said...

Assalamualaikum akak. Saya mahu tanya tentang otw from kl to lumut. Since dulu akk punya bus arrive di hentian Haji Raja Muda Musa, perjalanan to jetty perlu ambil sebarang transport ke? Atau perlu jalan kaki sahaja utk je jetty? Sebab kalau kl to hentian lumut, jetty mmg dkt depan tu... Kalau bus stop di hentian h.j raja muda musa pula? Mcm mana? Boleh tk akk terangkan serba sedikit. Terima kasih 😊

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails