October 12, 2010

Terimalah Kenyataan

Ingin ku hapus
satu persatu
sisa kenangan yang ada
di antara kita
agar tidak mengganggu
lena tidur malamku………
Engkau
hadir tidak pernah kuundang
tetapi tetap berkali datang
hingga mencipta sebuah harapan
yang sukar untuk dinafikan……
Atau
hanya aku yang melakar impian
hingga tersalah mentafsir sebuah
kemesraan……
Engkau
pergi berlalu sepi
diam mu itu alasan
yang harus aku faham....
Dan jika inilah
ketentuan Mu Tuhan
sedarkanlah aku dari lamunan
yakinkan lah aku Tuhan
bahawa dia bukan milikku
Aku tak ingin lagi
menunggu……
juga tak inginku
menanti…..
harapan untuk hidupkan
cinta yang tidak pasti
12/10/10 10.44 a.m

4 comments:

Kahirie said...

lirik lagu o sajak. Hehe kalau rajin lawat la blog gua. Hehe

Azni Aziz said...

khairie..belasah je yg mana suka.he3

Farah said...

woitt....x pasti tu..sbb x mengorak langkah

ismi jannati said...

ya..buang dia...buang jauh2..huk2

http://faniafnan.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails