Jumaat lepas aku bersama rombongan Cik Kiah tawaf dekat masjid India, Jalan TAR. Niat di hati nak beli tudung. Dapat ilham nak meniaga. Kalau dah keturunan Cik Siti Wan Kembang, tak boleh lari dari buat bisness. Tak banyak, sikit pun nak buaaat jugak!
Aku seronok berniaga. Rasa satu kepuasan, nak² kalau habis laku barang yang dijual. Ini hanya aktiviti sampingan, kerja sekarang masih diutamakan. Lagipun selain mendapat untung, aku juga berniat nak tolong mak cik aku. Dari dia tak buat apa kat rumah, baik dia jadi promoter aku, dapat gak dia komisen.He..he…
Hmmm… dah lari topik aku nih. Sebenarnya aku nak ceritakan perbualan aku dengan Cik Nab semasa kami sama² tawaf di Jalan TAR. Sungguh teruja dia menceritakan tugasan baru yang bakal ditempuh di tempat kerja baru. Bakal jadi orang glamer Cik Nab kita sebab tempat kerja dia tu ada tempias dengan filem Malaysia.
Dalam sibuk dok sembang tu, tetiba terdetik di kotak minda aku bahawa sebab musabab kenapa Cik Nab dicampakkan di situ sama juga yang terjadi pada aku. Semuanya kerana DIA lebih tahu.
“Dulu, masa sekolah² Cik Nab minat tak hiburan, dunia glamer ataupun aktif dalam pengurusan acara di sekolah?” Soalku pada dia.
“A’ah, ada. Kenapa kak?” Soalnya kembali.
Dulu, semasa zaman muda² dulu, peringatan ye sekarang pun masih muda, aku sangat meminati dunia hiburan (kebudayaan, muzik, wayang, etc). Hampir setiap keluaran majalah hiburan seperti URTV, Media Hiburan dan Mangga aku langgan. Aku juga teringin untuk terlibat dalam sesuatu program, walaupun perananku kecil. Tapi, aku tidak berpeluang melakukannya semasa di sekolah mahupun di universiti. Mungkin aku tidak pandai menonjolkan diri . Padahal pada awal persekolahan aku tidak begitu. Aku dilantik menjadi Ketua Darjah seawal usia persekolahan dan aku menjadi Pengawas paling muda di sekolahku. Fuuhhh.. terserlah sifat kepimpinanku. Walaubagaimanapun, selepas bertukar sekolah kerana mengikut keluarga, lama-kelamaan sifat itu makin luntur dalam diri aku. Mungkin keadaan dan suasana yang sudah berbeza.
Bila tiba aku memasuki alam pekerjaan, aku mendapat jawatan yang sungguh tak aku sangka. Lama aku berfikir, boleh ke aku kerana bidang kerja ini lari benar dengan sikap aku sekarang, atau aku yang tidak kenal diri sendiri. Aku memohon petunjuk dari DIA dan inilah jalan yang telah aku pilih.
Dan…perbualan dengan Cik Nab telah membuka mata aku bahawa setiap yang tertulis itu telah ditentukan kerana DIA lebih tahu….
Ya, sememangnya di sini banyak impianku telah tercapai tanpa aku sedari. Kalau dulu hanya mengimpikan untuk menjadi AJK untuk acara yang kecil, siapa sangka sekarang aku terlibat dalam program peringkat kebangsaan. Paling tak dapat aku lupa sambutan kemerdekaan ke-50 tahun negara. Aku kira yang ini pengalaman sekali seumur hidup!
Di sini juga aku mula belajar mencari diri aku yang dulu. Sesuatu yang telah lama hilang akan mengambil masa untuk dijumpai semula. Cuma tinggal lagi aku perlu mengatur dan terus berusaha menuju ke jalan-jalan yang terhampar luas untuk aku lalui.
1 comment:
If yoս are going for best contents likе I do, just visit this website all the time sincе iit provіdes
quality contents, thanks
Ӎy site :: factoirƴ unlock iphone 4s verizon service ()
Post a Comment