May 8, 2010

Keranda :Tradisi & Misteri

Hari ni aku berkesempatan ke Muzium Negara. Dapatlah melawat pameran keranda. Terima kasih kepada Muzium Negara kerana menaja breakfast dan lawatan aku hari ni. Terfikir gak macam seram je nak tengok pameran ni, tapi kalau tak masuk rugi la plak. Ntah bila lagi boleh tengok tradisi dan misteri keranda.

Keranda biasanya merujuk kepada tempat menyimpan mayat sebelum dikebumikan mengikut amalan agama dan tradisi sesuatu kaum. Secara berevolusi, kerana adalah medium perjalanan terakhir ke dunia yang berkekalan yang diterjemahkan mengikut cara yang berbeza-beza sejak zaman pra sejarah sehingga kini.

Kat bawah ni beberapa gambar keranda yang sempat saya snap tadi.


Cara pengebumian masyarakat Neolitik


Haa ni lah dia Perak Man


Pengebumian perahu oleh masyarakat pra sejarah lebih 3000 tahun yang lalu. Tradisi masyarakat yang tinggal di Kuala Selinsing, Perak dan Gua Niah, Sarawak



Kubur batu kepingan. Tradisi masyarakat Lembah Bernam, Perak



Yang ni cara pengebumian kaum Bateq. Tanam kat atas pokok.


Ini kereta jenazah. Tapi tak berenjin. Tarik saja ye! Digunakan oleh masyarakat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang sekitar 198o-an.


Yang ni mesti dah biasa tengok kan? Ini keranda masyarakat Melayu



Ini keranda paling mahal. Disalut emas 14 karat lagi. Dengar cerita siap ada air-cond kat dalam.He..he...


Ini plak keranda kayu kaum Kelabit Lungun


Keranda bulu masyarakat India (gambar atas dan bawah)



Ini bukan kerbau yang disumpah menjadi batu. Nama dia Erong Kerbau. Sejenis keranda yang digunakan oleh masyarakat Teroja, Sulawesi Tengah.

Ini keranda baby kot. Lupa nak amik ifo


p/s : Menarik kan? Sesekali kita mengenali warisan budaya masyarakat yang ada di negara kita. Jangan lupa ke Muzium Negara. Pameran ni dah bermula sejak 1 April lalu dan akan berkahir pada 20 Jun nanti. Cepat sebelum terlambat. Yuran masuk RM2 sahaja. KAlau nak amik gambar bayar RM3. Mungkin ini pengalaman sekali seumur hidup kita.

8 comments:

bH said...

dua orang staff muzium komen dekat post aku pasal pameran ni...

Atika Ramlan said...

kita pun nak pegi,sblm dia abes bln jun ni

NADIRA SALIM said...

suka nak tengok..
tapi jawohhh la pulak..
huhuhu~~

naseb baik ada azniaziz..
dpt tgk gmbo pon jadi la..
hehheh~~

Fontonk said...

keranda emas tu real ke ape?
cam boleh dicuri je.

SheyPull said...

boleh beli x keranda nie..nak 2?

.::WaNiE::. said...

keranda ada ekon hikhikhik

Azni Aziz said...

Nadira - kalau tengok kat sini pakej free n easy

Fontong - Keranda emas tu real. Ramai pegawai dia jaga. Takut kena kebas. He3

Shey Pull - Ha3 pilih la yang mana satu berkenan

Wani - Dia takut panas kot. :)

syahira ariff said...

keranda emas tue untuk apa yer dipasang aircond?
bukannya mayat tue bleh rasa pun
=]

komentla new entri saya
hehehe
=D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails