January 19, 2015

E10 - Banjir Besar Di Kelantan : 2014 Dalam Kenangan

Teks : Azni Aziz
Foto : Google

Setiap hujung tahun, negeri-negeri di Pantai Timur terutamanya Kelantan, Terengganu dan Pahang akan mengalami musim tengkujuh dan berlaku banjir di sesetengah kawasan. Bagi rakyat Kelantan, mereka sudah biasa dengan keadaan ini. Malahan musim banjir ini dijadikan pesta untuk bermain air.

Selain dikaitkan dengan pesta air, banjir di Kelantan turut mencipta sejarah tersendiri. Jika bercerita tentang banjir di negeri ini pastinya peristiwa bencana Bah Merah takkan lekang dari mulut.  Ia adalah antara cerita lagenda orang-orang tua di Kelantan. Tragedi bah merah ini diceritakan dari mulut ke mulut, dari  generasi ke generasi. Saya sendiri pernah mendengar kisah bah merah ini daripada datuk dan nenek.


Menurut catatan, hujan tanpa henti selama sepuluh hari pada tahun 1926 telah menyebabkan banjir besar telah melanda beberapa kawasan di Kelatan. Banjir pada waktu itu digelar Bah Merah kerana air banjir yang bertukar menjadi warna teh susu. Hal ini dikatakan berpunca daripada bahagian hulu sungai yang runtuh dan menyebabkan air bercampur dengan lumpur.



Kira-kira 40 tahun kemudian di penghujung 1967, negeri Cik Siti Wan Kembang sekali lagi dilanda banjir besar dan meragut 38 nyawa dan kira-kira 537,000 atau 84 peratus penduduknya turut terjejas. Banjir itu dikatakan kurang sedikit berbanding dengan Bah Merah pada tahun 1926. Bagaimanapun, di sesetengah tempat, banjir tahun 1967 dikira lebih besar. Walau apa jua keadaan, peristiwa bah merah tetap akan diingati terutamanya oleh warga emas di Kelantan. Paling tidak, Bah Merah akan menjadi tanda aras apabila berlakunya banjir besar di Kelantan.

Pada 2004, banjir besar sekali lagi melanda Kelantan dengan menyaksikan seluruh bandar Kota Bharu dan beberapa jajahan termasuk Gua Musang dan Kuala Krai dinaiki air setinggi lebih dua meter. Banjir itu turut meragut 12 nyawa dan 11,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan yang disediakan kerajaan.




Selepas 10 tahun, Kelantan sekali lagi dilanda ‘Bah Merah’. Ada juga yang menyamakannya banjir kali ini sebagai tsunami. Tiada siapa yang menduga musibah banjir paling dasyat melanda Kelantan padatahun ini. Angka rasmi mangsa banjir yang mendiami pusat-pusat pemindahan yang dikeluarkan oleh Bilik Gerakan Banjir Kelantan  melebihi 150,000 orang.



Namun ini tidak termasuk mereka yang tidak berdaftar, berpindah ke pelbagai tempat yang tidak diwartakan kerajaan seperti di masjid-masjid, rumah-rumah saudara atau kenalan mahupun masih berada di rumah masing-masing yang tidak ditenggelami sepenuhnya.


Banjir kali ini meliputi seluruh negeri Kelantan kecuali daerah

Bachok. Kesan paling buruk adalah di Gua Musang dan Kuala Krai. Bahkan bekalan elektrik dan air terputus lebih seminggu di semua daerah ini.

Hujan Itu Dari Allah

Secara semulajadinya, hujan merupakan faktor utama kepada peningkatan jumlah air yang banyak dalam masa yang singkat yang menyebabkan banjir. Dalam Al-quran banyak Allah s.w.t menceritakan tentang hujan. Adakalanya ALLAH s.w.t menurunkan hujan sebagai rahmat kepada hambaNya. Namun, adakalanya Allah s.w.t menurunkan hujan untuk memberi peringatan kepada hambaNya yang melakukan kerosakan di muka bumi.





Kerosakan Itu Dari Manusia


Sedih dengan keadaan yang menimpa negerinya, Sultan Kelantan bertitah di mana baginda menyeru seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia sendiri.


Titah baginda, rakyat perlu bermuhasabah dengan apa yang dilakukan selama ini dan perlu memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.

"Marilah kita menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan marilah kita sedar bahawa segala macam musibah bencana dan malapetaka yang terjadi semua itu akibat daripada olahan tangan-tangan kita.

"Semoga Allah mengampuni kita semua dan menjadikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak," 

"Banjir yang berlaku ini adalah sebahagian daripada qada dan qadar Allah. Hal ini harus diyakini dan diimani," titah baginda.


Hikmah Musibah Banjir

Tentunya kerosakan yang ditimpa banjir ini sangat besar sekali. Bayangkan betapa sukarnya hendak membina kembali kehidupan selepas bencana ini. Rumah yang ranap, jalan raya yang musnah, harta benda rosak teruk sangat memilukankan. Pastinya jumlah kerosakan ini sangat besar nilainya dan tentu mengambil masa bertahun pula untuk memulihkan kehidupan menjadi seperti sediakala. Sesunguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Walau bagaimanapun, kita teramat bersyukur dan bertuah kerana masih ramai rakyat Malaysia yang sangat perihatin dengan mangsa-mangsa bencana banjir yang melanda Negara ini. Mungkin ini juga ujian kepada kita kerana Allah s.w.t hendak melihat bagaimana kita bersatu dalam membantu mereka yang ditinpa musibah.

Berdasarkan pelbagai laporan, bantuan seluruh negara datang mencurah-curah. Seluruh rakyat Malaysia bersatu dengan rela hati menghulurkan bantuan terutamanya kepada mangsa banjir. Ini sangat mengharukan dan membanggakan! Ia petanda rakyat Malaysia masih menerapkan amalan murni tolong-menolong dan cintakan keharmonian tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Alangkah baiknya, keadaan seperti ini berkekalan hendaknya.

Semoga Allah mengampuni kita semua dan menggantikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak.





January 15, 2015

Entri Baru Sempena Tahun Baru & Status Baru

Assalamualaikum.......

Berhabuk dan bersawang dah blog ni. Lama betul tak update. Tetiba rasa rindu pulak. Last update masih anak dara, sekarang dah berstatus ibu.


Keluarga kecil saya

Harapnya entri ni menjadi titik permulaan untuk saya kembali berblog. InsyaAllah banyak perkara ingin dikongsikan dalam diari ni untuk dijadikan sebagai kenag-kenangan.

May 8, 2011

Ini Entri Sempena Hari Ibu

“Mek”, panggilan untuk mak aku. Dia orang kampung, so tak berapa nak kisah pun fasal sambutan hari ibu. Dan aku anak yang sengal ni pun selalu buat-buat lupa….Tapi pernah sekali tu dia tanya aku “Nor nak bagi apa kat mek sempena hari ibu? Ayyak….rasa bersalahnya aku.

Walaupun dia orang kampung dan suri rumah sepenuh masa, tapi dia bukan yang jenis tak tahu perkembangan semasa. Dia suka tengok TV dan baca majalah, haah....teringin jugak dia nak diraikan kan? Aku tahu bukan hadiah yang diminta, tapi ingatan dari seorang anak.

Sungguh aku ni buta tuli. Bukan tak sayang, bukan tak menghargai…sumpah aku sayang dia dunia akhirat. Cuma aku ni tak pandai nak menunjukkan kasih sayang macam orang lain. Tapi, sejak dari hari itu, sampai sekarang aku tak lupa nak ucap selamat hari ibu dan selamat hari jadi dekat Mek, walaupun melalui sms. Tengok tu, wish pun melalui sms, apa punya anak daa…

Janji wish jugak kan? Aku tahu Mek tahu aku sayang dia sampai mati….aku mana ada mek lain lagi! She the only one. Terima kasih Allah kerana mengurniakan dia sebagai ibu aku.

“Mek, terima kasih atas segalanya….tak terbalas segala jasa dan pengorbanan mek. I Lap U so strong, muahhh”

May 1, 2011

Check out W Wardrobe KL's new arrival

w wardrobe: T004: "Code : T004 Colour : Brown & Grey with Embbossed Gold Prints Size : Free Price : RM34.00"

April 28, 2011

"Tiada hari bagi kita kalau kita tak bergerak hari ini"

Rabu lepas K.Nurul mengajak aku ke Klinik Haiwan Rawang. Hantar 8 ekor anak kucing yang terkena penyakit mata. Tak sampai hati aku tengok ada beberapa ekor yang sudah teruk matanya (tersembul dan bernanah). Haiih tak panjang rasanya usia kucing² tu.

Aku suka kucing, dan teringin nak membelanya.Tapi memandangkan aku tak yakin untuk menumpu sepenuh perhatian, aku simpankan saja keinginan tu. Iyelah, sibuk dengan urusan kerja dan peribadi takut terabai pulak kucingnya. Nanti dapat dosa free je.

Kita tinggalkan saja cerita kucing tu, sebenarnya ada cerita lain disebaliknya. Cerita kucing tadi hanya menjadi sebab dan musabab kepada cerita yang selanjutnya.
Tak sangka sembang-sembang kosong aku dengan K.Nurul semasa dalam perjalanan ke Klinik Haiwan Rawang, hari ni kami telah memulakan sebuah perniagaan. Itulah aturanNya kan?

Bukanlah sebuah perniagaan besar yang memerlukan kami resign dari kerja sekarang, tetapi ia cukup mengujakan kami. Memang dah lama aku berfikir untuk berniaga, cuma tidak tahu apa yang nak dijual dan bagaimana caranya. Berniaga sesuatu yang tidak asing bagi aku, kerana sememangnya darah keturunan Cik Siti Wan Kembang mengalir dalam diri. Kebetulan pula mengikut sains metafizik, aku mempunyai nombor perniagaan iaitu 966. Jadi tidak salah mencuba. Bagai sudah diatur, dipertemukan pula dengan partner yang sealiran.

Dan kebetulan lah juga aku terbaca kata azimat dari seorang ulama, Almarhum Tuk Kenali yang berbunyi "Tiada hari bagi kita kalau kita tak bergerak hari ini". Maka aku dan K.nurul telah memulakan langkah itu dan wujudlah http://wwardrobekl.blogspot.com/ .

Kami menjual pakaian secara online. Mungkin ini sebagai permulaan, mohon sokongan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails