February 1, 2010

Pergi Tak Kembali

DariNYa kita datang dan kepadaNYa jua kita kembali…

Pagi ini aku terima berita yang menyedihkan. Sahabat seperjuangan semasa di UiTM Merbok telah pulang ke Rahmatullah hari ini kerana sakit buah pinggang. Sejak aku kenal dia, memang dah lama dia mengidap penyakit ini.

Fateh yang aku kenal seorang yang baik hati, soft spoken, murah dengan senyuman dan ada sense of humor. Pendek kata dia disenangi kawan2. Aku agak terkilan kerana baru 2-3 hari yang lepas aku add dia di Facebook. Belum sempat sembang-sembang, tiba-tiba mendapat berita dia dijemput olehNya.

Giliran dia dah tiba, giliran kita entah bila. Sementara masih ada peluang marilah kita menuju ke jalanNya. Peringatan untuk diri sendiri dan juga kepada kawan-kawan, ajal menjemput tak kira masa. Muda ker, tua ker, sampai masa datanglah ia kerana itu janjiNYa.

Ya Allah! rasa gerun bila mengingatkan detik itu. Cukupkah bekalan amal yang akan aku bawa ke sana, layakkah aku bertamu di taman syurga milikMu.

Semoga hidup matiku bersamaMu. Allahhuakbar!!


Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lag

Penyanyi : Rabbani

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails