February 27, 2010

Niyang Rapik Penuh Kejutan!


Hehe…aku baru jer balik dari Mid Valley, tengok wayang Niyang Rapik. Niat dihati nak tengok My Name Is Khan, takde la plak citer tu di Mid Valley. Since mata pun blom ngantuk, aku nak update and story sket pasal filem ni. So pada sapa2 yang belom tengok citer nih boleh la dapat gambaran sket.

O.K movie review. Tengok Niyang Rapik boleh jadi penat sih. Mana tak nya, asyik terkejut tengok hantu. Memang banyak kejutan lah cerita nih. Pendek kata kejutan demi kejutan. Citer dia best la, ada motif dan tak meleret serta merapu. Dibintangi oleh Zed Zaidi (Saiful), Fizz Fairuz (Zack), Sam (Zizan), Kamal Adli (Hilmi), Awal (Amir) dan sekuntum bunga si Liyana Jasmay (Laila). Syok la kalau jadi Liyana Jasmay coz dikelilingi kumbang2 yang ensem (uwekkk…).

Citer ni bermula dengan kematian Zack (Fizz Fairuz) akibat busung setelah pulang daripada kampung Niyang Rapik. Kematiannya membimbangkan kawan-kawannya yang lain yang turut serta dalam kajian sejarah di kampung terbabit.

Jadi kawan-kawan dia yang terdiri daripada Helmi, Saiful, Zizan dan Amir bercadang kembali ke Niyang Rapik untuk memulangkan kerambit lama yang diambil sewaktu melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di sana.


Kerambit yang diambil arwah Zack dikhuatiri menjadi penyebab kepada kematiannya, namun setelah memulangkan pusaka tersebut kepada tuannya, mereka masih diganggu pelbagai kejadian aneh.

Keadaan menjadi semakin huru hara, anggapan mereka tersasar. bukan kerambit menjadi punca. Kesilapan silam kembali menghantui.

Apa sebenarnya perkara yang mereka lakukan hingga membawa kepada kematian Zack? Siapa diantara mereka yang harus bertanggungjawab? Jadi untuk menjawab semua tu silalah korang ke pawagam behampiran untuk menonton filem Niyang Rapik. Ayuuuhhh…sokonglah filem Malaysia!

Secara keseluruhannya, filem ni tak boring ditonton. Lagi satu lakonan para pelakon pun bagus. Waah semuanya pujian, tapi jangan risau, aku tidak disogok oleh Ahmad Idham untuk mempromote citer ni. Apa yang aku tulis hanyalah dari pandangan peribadi aku.

Kalau nak tahu citer di sebalik tabir filem ni, klik SINI.

Aku rasa Zed la hero citer ni...


February 23, 2010

Aku Wanita Istimewa

Waah tajuk bikin gempak! Ada baca Berita Harian hari ni? Apasal CEUPACS nak bimbang penguasaan penjawat wanita dalam sektor awam? Dah memang populasi wanita lebih kat Malaysia ni. Lagi satu, dah memang wanita layak nak buat macam mana kan?

Kita abaikan je isu tuh. Sebab aku tak yakin aku tidak akan beremosional kalau nak komen isu diskriminasi gender nih.

O.K, aku just nak share apa yang aku baca dalam Berita Harian tiga hari lepas. Masih berkaitan dengan wanita kerana aku nak semua kaum hawa kat luar sana bangga diciptakan sebagai wanita. Dan..kalau ada lelaki yang baca entri nih, sama-sama lah fahami, hayati dan hargailah wanita.


11 Keistimewaan Wanita
  • Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin di rahimnya, maka malaikat beristighfar untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan
  • Apabila seseorang wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalanNya.
  • Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya
  • Apabila lahir anak dan disusukan, maka setiap satu tegukan susunya diberi satu kebajikan
  • Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah memberikannya pahala sedekah seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
  • Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yangs entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail
  • Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh
  • Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu
  • Syurga di bawah tapak kaki ibu

February 22, 2010

Semua Stesen Radio Diwajibkan Putar & Promote Lagu2 Artis Tempatan?

mstar.com.my


Ini berita baik untuk industri muzik negara kita.Kepada pencinta & penggiat muzik tempatan, korang patut bersyukur kerana kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu memajukan industri muzik tempatan.

Mulai 1 Mac ini, semua stesen radio di negara ini diwajibkan untuk memutar lagu-lagu dari album atau 'single' terbaru artis tempatan untuk temph tertentu. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dat0' Seri Rais Yatim dalam sidang media yang diadakan di Finas pada petang hari ini.

"Langkah ini akan menjadi salah satu syarat pemberian lesen stesen radio di negara ini. Saya juga percaya pemegang lesen stesen radio tidak akan keberatan untuk mematuhi arahan tersebut", katanya. (Rasa macam wartawan tulis berita la pulak!)

Arahan itu akan dikuatkuasakan mengikut Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 supaya stesen-stesen radio memutar dan mempromosikan lagu2 artis tempatan kerana didapati lagu2 dari artis luar lebih mendapat tempat di stesen radio tempatan.

Nah, apa pendapat korang? Aku rasa ini adalah suatu tindakan bijak kerajaan memandangkan kita sudah lama terbuai dengan lagu2 dari luar sehinggakan terlupa dengan irama muzik tempatan. Sayangkan?

Bukan lah aku cakap lagu dan muzik luar ni tak penting dan menjatuhkan industri muzik tempatan. Cuma, siarannya perlu diseimbangkan. Muzik2 luar ni penting jugak untuk dijadikan saingan secara sihat kepada industri muzik tempatan. Aku sokonglah Karyawan mintak nisbah 60:40.

Lagu2 artis kita bukan tidak bagus, tapi kurang diputarkan dicorong-corong radio. Tapi, kepada artis atau pemuzik tempatan, jangan la pulak ambil kesempatan dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Mentang-mentanglah kerajaan dah bagi syarat wajib cenggitu, asal boleh je keluarkan lagu. Lagu yang nak dikeluarkan nanti biarlah bermutu, sedap didengar dan boleh dibanggakan, barulah meriah industri ni. Betul tak?

Majulah Muzik Untuk Halwa Telinga!




February 21, 2010

Meh Kita Pakat Cuba, Tak Guna Modal Pun


RM3,300 SEBULAN TANPA MODAL !

Sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknya anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini,
ya...,mudah saja,klik-klik iklan tak sampai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..

Katakan anda menaja 10 orang di level 1,
kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level,
tahu tak ? anda akan perolehi RM11, jika sehari mereka klik untuk 1 iklan,
kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110
jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..
banyak tu ..

Anda tak nak ke?
Marilah lah sertai saya..benda ni 100% percuma..tak perlu modal
cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free takkan tak boleh ajak..kawan…
untuk maklumat anda,keahlian catcheye telah mencecah lebih dari 38342 orang sekarang..
jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan..

Cara nak register:

1.klik link yg kt bwh skali...

2.klik join catcheye now

3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)

4.Isi jawapan: soalan 1 jawapan A (atas sekali), soalan 2 jawapan B (yang tengah), soalan 3 jawapan A (atas sekali). p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)

5.klik agree and proceed..Ok siap kemudian apa perlu buat? 1.klik sign in

6.lepas sign in klik reward panel .Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.

7.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.

8.postkan risalah saya ni dalam Facebook/myspace/frienster atau emailkan kepada kawan2.

9.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1. Percayalah! Sebab benda ni 100% percuma REZEKI TUHAN YANG BAGI..TAKPA,KITE KENA USAHA JUGAK KAN?? TUNGGU APE LAGI?? J0MLA J0IN... just click the URL below:




February 20, 2010

Ibu Dan Anak Berebut Kekasih

Penyanyi era 80-an, Rashid Abdul Wahab atau Shidee yang popular dengan lagu-lagu cinta, kini berhadapan dengan cinta kontroversi yang timbul akibat tiada restu ibu mertuanya.

Perkahwinan Shidee, 51, dengan Khairunnisa Aziz, 22, pada 1 Februari lalu mendapat tentangan ibu mertuanya, Jamaliah Hassan, 45, yang dikatakan turut memendam perasaan cinta terhadapnya.

Akibatnya, Jamaliah telah membuat laporan polis pada Januari lalu mendakwa anak gadisnya itu dilarikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu.

Khairunnisa pula membalas laporan polis itu dengan menafikan dia tidak dilarikan, sebaliknya keluar rumah ibunya dengan rela hati. Berita lanjut sila klik Utusan Malaysia Online - Berita Utama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails