March 28, 2010

Kenapa Perlu Tengok Evolusi Kl drift 2?

Semalam aku berkesempatan menonton filem baru arahan Saymsul Yusof, Evolusi KL Drift 2 kat Mid Valey. Citer ni sambungan Evolusi KL Drift. Tapi yang first dulu aku tak tengok pun, so ada sikit blurr but still dapat cath up jalan ceritanya.

Mula-mula aku bagi sinopsis sikit tentang citer ni yer. Perlumbaan kehidupan Zack (Syamsul) dan Sham (Farid Kamil) masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional. Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham. Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bernama Aleeya (Scha) yang juga seorang drifter profesional. Joe (Aaron Aziz) yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi mendendamis Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya. Ery (Sam a.k.a Adnan Sempit) sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL. Inspektor Kamal (Remy Ishak) mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe. Bagaimanakah kesudahan citer ni? Hmm… sila tengok sendiri yer!

O.K! Kenapa korang perlu tengok citer ni ?

  • Sebab ini filem Malaysia, pengarah dan penerbit pun orang Malaysia. Sokonglah produk tempatan!
  • Aksi drif yang fuhhh…..tak percaya orang tempatan kita boleh buat. Yes Malaysia boleh!
  • Barisan pelakon yang mantap. Muka2 yang memang kita nak tengok. (Pssst..Penjahat lagi ensem dari hero. He..he..he…)
  • Watak samseng macam dalam citer international
  • Jalan cerita yang tak meleret-leret

Yang kelakar tentang citer ni!

  • Tengah kalut2 ada gak nak letak scene citer Hindustan. Lawak habis (babak cinta Zack & Aleeya)
  • Polis kejar penjahat guna keta sendiri. Cam poyo la plak!
  • Nak kejar samseng ganas, tapi tak ramai guna anggota polis. Patut kena tunjukkan sikit kehebatan polis Malaysia kan. Filem kita wajah kita!

Secara keseluruhannya tidak rugi membelanjakan RM12 untuk tengok citer ni. Ayuh…sokonglah filem tempatan!


March 27, 2010

Rindu Mencengkam.........

Wajah kerinduan hamba......


Hari ni genap tujuh tahun ayah pulang ke rahmatullah. Selama tujuh tahun jugalah aku menanggung rindu yang teramat sangat dan menanggung rasa terkilan. Hanya Allah saja yang tahu!

Orang nampak aku cool, tabah terima pemergian ayah. Yes! aku tabahkan hati sebab tak mahu menangis depan mak aku. Aku tak mahu dia sedih. Tapi aku tahu, aku dan mak masing2 menahan perasaan dan berlagak cool. Kalau aku tak mahu dia sedih, dia pun menahan air mata kerana tidak mahu aku bersedih.

Tapi orang tak tahu hampir setiap malam aku menangis. Bukan aku tak redha, cuma aku rasa rindu dan terkilan. Aku terkilan tidak berada di sisinya sebelum dia menutup mata. Menurut mak aku, Ayah menyebut nama aku sebelum dia pergi.

Sampai hari ni walaupun dah tujuh tahun dia pergi, aku rasa dia masih ada bersama aku. Dalam hati aku, dalam fikiran aku. Tak pernah sesaat aku melupakan dia. Dan setiap kali aku mendapat kejayaan, aku tahu dia tersenyum bangga!

Aku tidak pandai berkata-kata, tapi aku terjumpa lirik lagu Ayah nyanyian Mawi. Aku kira kisahnya sama seperti aku. Ayah pergi sebelum sempat aku membalas jasanya.


Ayah
Aku rasa sunyi
Sejak kehilanganmu
Di dunia ini
Di saat aku meniti kejayaan ini

Ayah
Aku menyanjungi
Jasamu yang terlalu
Agung buatku
Tak daya membalas jasa dan budimu

Ayah
Tanpamu
hilanglah haluan hidupku
Terasa siksanya di jiwa ini
Tak dapatku
Membalas jasamu di dunia ini

Ayah
Kumohon kemaafan dan keinsafan
Ku doakan agar rohmu
Dicucuri rahmat Ilahi.....oh ayah!

Al-Fatihah.....



Hanya dia yang aku ada.........



March 26, 2010

Amy Pentaskan Kehidupannya Dalam Konsert Suatu Masa Di Istana Budaya


Pewwiiiittt……nak cerita ni. Malam tadi aku gi tengok konsert Suatu Masa….Amy di Istana Budaya. Fuhh… kalau aku tak cerita pun mesti korang dah boleh bayangkan kehebatan persembahan Amy. Sempurna dari awal hingga akhir. Persembahan pembukaan dia sudah cukup untuk memberitahu bahawa perjalanan konsert ni sangat mengujakan.

Aku minat giler dekat Amy walaupun aku bukanlah peminat rock yang hard core. Aku dengar apa yang sedap didengar. Tambahan pula Amy mengingat kan aku pada ayah aku sebab aku membesar dengan muziknya. Ayah aku seorang yang up to date dengan muzik. Semua lagu dia layan walaupun bukan sezaman dengan dia. And that is why jenis muzik dan lagu yang aku suka banyak dipengaruhi dengan muzik ayah aku. We both love music. Malam tadi semasa menyaksikan konsert Amy aku dapat rasakan semangat ayah aku ada bersama aku.

Tentunya konsert Amy di IB pada kali ini berbeza dengan konsert² beliau sebelumnya. Konsert suatu masa ini memaparkan sisi lain kehidupan amy sebagai anak seni juga sebagai ikon rock tanah air. Dia membawa kita dari zaman permulaannya sebagai penyanyi sehinggalah kepada beliau yang sekarang. Maknanya, the whole concert is about the journey of his life, iaitu gambaran penceritaan dari imej ‘rock’ hingga ke penghijrahan yang sekarang ini yang lebih kepada konsep kerohanian dan ketuhanan.
Pendek kata dia berjaya mengimbau nostalgia para penonton dengan rangkaian lagu² popularnya.

Lebih 20 buah lagu dia bawa semalam seperti Isabella, Aku Dah Bosan, Konkang, Kerja Gila, Suatu Masa dan banyak lagi. Energy dan suara masih tetap maintain walaupun dah berumur 52 tahun. Lagi satu dalam konsert ni, Amy hanya berinteraksi dengan penonton melalui penceritaan kisahnya secara monolog dan alunan suara dalam lagu² beliau. Dan itu sudah cukup untuk membawa penonton merasai kehadirannya. Itulah karisma ikon rock yang tak de dekat orang lain.

Kalau Amy cakap konsert suatu masa di IB ini memenuhi impian dia selepas 30 tahun bergelar anak seni, bagi aku pula impian kecil aku tercapai bila berpeluang menonton konsert beliau. Rugi kalau tak tengok. Ini bukan konsert rock biasa, sarat dengan mesej. Terutama persembahan akhir Amy dengan lagu Kepadamu Kekasih….menusuk ke tulang hitam rasanya, dan bisa gugur air mata aku. Hu..hu..hu…

Anyway thanks to Putri coz bagi kitaorang seat special. Betul² kat tengah mengadap stage. Awww…

Well guys, kalau berkesempatan pergilah ke Istana Budaya,tengok konsert suatu masa…Amy!

March 23, 2010

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100


Apa aku nak buat kalau diberi duit RM 100?

Jawapannyer, aku nak belanja sorang member yang bertuah makan di Restoran Krathong. Tom Yam dia perghhh best giler! Sambil tulis entri ni meleleh air liur aku teringatkan aroma Tom Yam dia. Bukan Tom Yam jer, pendek kata semua makanan dia sedap lah! So, aku rasa member yang bertuah tu ialah Budak Ni. Kenapa aku nak ajak dia, sebab dia dah bagi aku RM100, so aku tak nak la tamak kan, aku bagi la dia makan plak. Win-win situation lah, jadi tak ada sape yang rugi kan?He..he... (ini bukan statement pikat hati juri yer, ikhlas tau!)

Oh yer, sesapa yang berminat nak join contest ni sila klik SINI

March 20, 2010

"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"


Sebelum ni ramai yang bercerita tentang projek 400 nuffnang. Dan sebagai orang baru dengan nuffnang, terlopong jugaklah mulut aku sebab tak faham apa yang diaorang cakapkan. Hasil xtiviti blogwalking, maka paham lah aku apa mendenye. Rupanya projek terbaru the super fun Gatsby Deodorant Street Fair!! He..he… aku nak join jugak!!!!

Orang cakap nuffnang selalu buat event-event hebat. Harapnya ada la tuah aku untuk turut serta Gatsby Deodorant Street Fair. Kiranya ini akan jadi event pertama aku dengan nuffnang.

So, aku nak citer la tentang event yang bakal aku join nih :


Tarikh: 17th April 2010

Masa: 10am till 5pm

Tempat: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur


Terujanya dan tak sabar nak join. Sure best la kan. Macam-macam hadiah ada kat sana nanti. Giler lah, sapa yang join akan berpeluang untuk memenangi cabutan cabutan bertuah dan hadiah-hadiah hebat (cool gadgets) yang bernilai lebih RM 15,000. Weeii kat mana lagi nak dapat hadiah yang banyak macam ni kan? Memang menagis ler kalau tak dapat join!

Bukan setakat hadiah jer menarik, boleh enjoy jugak nanti dengan games yang disediakan. Dari game yang senang sampailah game yang susah. Antaranya "Sumo Wrestling (in air bag suits)", "gladiator battles", dan banyak lagi. Pendek kata macam-macam ada di Gatsby Deodorant Street Fair!!!! Main lah korang sampai berpeluh. Tak perlu risau kalau ketiak masam sebab Gatsby kan ada!

Hmmm… memang tak sabarlah nak pergi Gatsby Deodorant Street Fair. Oh ya kalau nak tahu lebih lanjut boleh terjah kat sini www.gatsby.com.my/streetfair

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails