March 14, 2010

Aku Terima TakdirNya.....!


Hari ini genap tiga bulan dia bergelar janda. Satu gelaran yang paling ditakuti oleh setiap wanita. Bukan dia tidak cuba mempertahankan mahligai yang baru dibina. Tetapi jika hanya sebelah pihak yang berusaha, pasti menemui jalan buntu. Irdina melepaskan keluhan panjang lalu bangun dari katil dan menuju ke balkoni menghirup udara malam. Dia merenung jauh ke langit……memang sakit jika diingat, tetapi dia masih tidak dapat melupakan keperitan selama bertamu di daerah Rayyan.

………………………………………………………………………………………………………………………………..

Irdina buntu memikirkan ke mana dia harus pergi. Mana mungkin dia mencari rumah sewa dalam masa terdekat. Tiba-tiba dia teringatkan seorang teman lama yang mungkin boleh membantu. Lantas dia terus mengambil telefon dan menghubungi Zira, temannya.

“Assalamualaikum, Zira….kenal tak sapa ni?”

“Waalaikumsalam. Eh mestilah kenal. Waah ingatkan orang tu dah lupakan kita sejak dah kahwin”.

Sejak aku berkahwin memang aku cuba untuk tidak menghubungi kawan-kawan mahupun mengajak mereka bertandang ke rumah. Tidak mahu deritaku dihidu.

“ Eh, mana boleh lupa. Maklumlah sejak dah kahwin ni akak sibuk sikit. Siang kerja di pejabat, malam sambung kerja kat rumah. Sebenarnya Zira, akak telefon ni ada hajat. Boleh tak akak tumpang rumah awak dalam seminggu. Itu pun kalau tak menyusahkan awak la.Suami akak outstation, so tak de sape nak hantar akak ke ofis. Rumah akak pulak tu jauh dari public transport”

“Alah kak, datang je lah. Bukan akak tak biasa pun dengan rumah saya. Lagipun sekarang saya tinggal sorang jer.Kalau akak ada boleh la temankan saya. Bila-bila akak nak datang nanti, call jer saya”.

Irdina menarik nafas lega. Syukur Allah permudahkan jalannya.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sudah lima hari Irdina menumpang di rumah Zira. Sikit pun Zira tidak perasan kesedihan yang ditanggung Irdina. Bukan niat untuk berbohong, tapi dia perlukan waktu mengumpul kekuatan untuk berterus terang dengan Zira. Dia berbangga mempunyai sahabat sebaik Zira. Masih teringat kenangan sewaktu menyewa serumah dengan Zira sebelum dia menamatkan zaman bujangnya. Zira seorang yang berperwatakan menarik, malah baik hati. Sesekali tertanya-tanya juga kenapa dalam usia yang menjangkau 30 tahun itu dia masih belum berumahtangga.

Irdina tersenyum sendirian. Masih sibuk memikirkan masalah orang lain. Sedangkan rumahtangga sendiri berkecai. Perkahwinan adalah suatu perjudian, untung batu tenggelam, untung sabut timbul. Dia sedar yang jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah rahsia Tuhan. Kita manusia hanya mampu merancang.

Irdina terkenang kembali bagaimana ibunya mengatur jodohnya bersama Rayyan, anak kenalan ibu saudaranya. Dia akur kerana waktu itu usianya telah menjangkau 34 tahun. Walaupun hatinya berat, tetapi keluarganya mendesak kerana bimbang Irdina menjadi anak dara tua. Dengarnya Rayyan seorang jurutera, setahun lebih tua dari dia. Mungkin kami spesis yang sama, jodoh lambat sampai…..

Tempoh pertunangan selama 6 bulan tidak membantu Irdina untuk mengenali dan mendekati Rayyan dengan lebih dekat kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tiada pula usaha ke arah itu. Sesekali bila berjumpa, itupun Rayyan ditemani sahabat baiknya Zukri. Pendek kata di mana ada Rayyan, di situ ada Zukri. Mungkin faktor itu membuatkan dia kekok untuk bermesra dengan Rayyan.

Perkahwinan berlangsung juga akhirnya. Dengan muka tidak berperasaan, Irdina dan Rayyan bersanding di pelamin nan indah. Perkahwinan yang di atur keluarga, tanpa ada rasa cinta, mampukah aku menghadapinya. Arghh.. moga sinar bahagia menanti kami. Pelbagai soalan timbul di benak fikiran ketika itu namun dibiarkan sahaja.

Tiga hari selepas majlis, kami berbulan madu di Bali. Bulan madu yang ditaja oleh adiknya Fakhrul kerana kakak kesayangannya akhirnya bertemu jodoh. Aku kira tempoh bulan madu ini memberi peluang untuk kami mengenali hati masing-masing dan cuba untuk menyemai benih- benih cinta di antara kami. Tapi aku tersentap apabila Rayyan melafazkan bahawa sekiranya aku tidak bahagia bersamanya, dia rela melepaskan aku.

Terasa gelap seluruh alamku pada waktu itu. Adakah dia telah mempunyai seseorang yang bertamu di hati sebelum menikahi aku. Jika benar kenapa dia tidak membantah perkahwinan kami. Patutlah sepanjang berada di sini Rayyan tidak berenggang dengan telefon bimbitnya. Malah aku langsung tidak di layan sebagai seorang isteri. Namun kupendamkan sahaja dan cuba menyedapkan hati dengan menyangka Rayyan belum bersedia dengan perhubungan ini. Kerana pada aku, setelah bergelar isteri, sumpah setiaku hanya pada sang suami. Aku telah mula belajar menerima dan mencintai dia.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Irdina termenung. Usia perkahwinan mereka sudah menjangkau empat bulan, tetapi Rayyan tidak pernah menunjuk sebarang perasaan terhadap dirinya. Bilik tidur mereka diasingkan atas kehendak Rayyan. Seringkali dia menjadi mangsa herdikan keras Rayyan. Apa sahaja yang dilakukan Irdina, serba tidak kena di mata suaminya itu. Namun, dia tetap menjalankan tugas sebagai seorang isteri. Makan minum serta pakaian Rayyan diurus dengan sempurna. Sebaik mungkin dia cuba menjadi isteri yang terbaik untuk Rayyan. Hanya tanggungjawab yang satu itu belum tertunai kerana sehingga kini Rayyan masih tidak menyentuhnya.

“Abang, tadi mak abang telefon. Dia suruh kita balik kampung minggu ni. Ada kenduri arwah katanya”, beritahu Irdina. Mereka jarang berbual malah bercakap hanya bila perlu.

“Hmmm….Jumaat malam kita balik. Jangan balik kerja lambat pulak! Tak kuasa saya nak menunggu. Lagi satu, balik nanti jangan pandai-pandai nak bercerita hal dalam rumah ni, siap kau nanti”.

Irdina hanya tersenyum kelat. Itulah pesanan Rayyan setiap kali pulang ke kampung Irdina mahupun ke kampung Rayyan. Mereka merupakan pelakon terbaik di hadapan keluarga masing-masing. Irdina juga rela begitu. Tidak mahu risaukan keluarga, terutama ibunya yang sudah tua.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Irdina mengeluh. Masih mengenangkan sampai bilakah hidupnya akan terus begini. Bagaikan tiada penghujung. Apa kesudahannya rumah tangga dia bersama Rayyan . Dia bingkas menunaikan solat maghrib usai azan berkumandang di TV. Hanya pada Allah tempat dia mengadu kesedihan yang dilalui. Di dalam doanya, Irdina memohon supaya hati suaminya dilembutkan dan menerima dirinya sebagai isteri. Dia mendambakan kasih seorang suami yang telah lama ditunggu. Namun dia pasrah andai bahagia masih belum milikknya.

“Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, hanya padamu tempatku mengadu dan meminta. Jika benar masih ada ruang di hati suamiku untukku, kau permudahkanlah jalan kami. Dan jika sebaliknya, kau tunjukkanlah padaku dan bimbinglah aku dalam memilih jalan yang seharusnya. Sesungguhnya aku redha di atas ujianMu”….Doa itu tidak lekang dibibir Irdina selepas dia menunaikan solat fardhu.

Bukan Irdina tidak pernah berbincang tentang masalah mereka, tapi kesudahannya Rayyan hanya mendiamkan diri dan meninggalkan dia tanpa sebarang jawapan.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

“Esok petang saya ke Langkawi, ada seminar”. Beritahu Irdina kepada Rayyan.

“Hmm berapa hari awak ke sana?”, jawab Rayyan acuh tak acuh.

“Lima hari. Pakaian kerja abang saya dah siapkan. Esok boleh tak tolong hantarkan saya ke KLIA”.

“Tengoklah kalau tak busy”. Irdina diam dan dia sememangnya tidak mengharapkan Rayyan menghantarnya. Sepanjang perkahwinan, dia melakukan segalanya seorang diri sama seperti waktu bujangnya.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Rayyan tersenyum sendirian. “Hmm..kalau pergi kursus tak balik terus pun bagus. Boleh aku berseronok dengan buah hati aku”. Bisik hati kecilnya. Sememangnya telah lama dia nantikan saat ini. Dalam fikirannya dia telah berkira-kira untuk membawa buah hatinya itu pulang ke rumah dan menghabiskan masa bersama tanpa sebarang gangguan. Kalau sebelum ini perhubungan mereka agak terbatas kerana takut rahsianya itu dihidu Irdina.

Dia terus mencapai telefon dang melayangkan SMS yang berbunyi “Sayang, esok U datang rumah I boleh? Isteri I kursus 5 hari. Tak de sape nak masak untuk I la”.

Bukan dia tidak kesiankan Irdina, tetapi hatinya telah dimiliki. Perkahwinan mereka hanyalah untuk memenuhi kehendak keluarga. Tidak mahu berterus terang tentang hati yang telah dimiliki kerana dia pasti hubungan bersama kekasihnya itu pasti tidak direstui. Dan atas sebab itu jugalah dia tidak pernah melayan Irdina dengan baik. Biar hubungan mereka dingin dan Irdina merasa benci kepadanya supaya senang untuk Irdina melupakannya sekiranya berlaku sesuatu dalam rumah tangga mereka.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sepanjang berada di Langkawi, tidak ada satu panggilan atau SMS pun dari Rayyan bertanyakan khabar Irdina. Hanya Irdina yang bertanya khabar dan makan minum Rayyan. Sudahla begitu, dimarahi pulak Irdina kerana menyibuk. “Please mind your own business, I tau jaga diri. Tak payah nak risau pasal I. U ada ke, tak ada ke, sama saja”. Itulah jawapan Rayyan sewaktu Irdina menelefonnya. Hati isteri mana yang tidak luluh mendengar ucapan sebegitu dari seorang suami.

Irdina sengaja tidak memaklumkan kepulangannya kepada Rayyan. Tidak ada bezanya pun. Bukannya Rayyan akan menjemput atau menantikan kepulangannya. Entah kenapa sejak semalam dia berdebar-debar, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Mujur kursus ditamatkan awal sehari. Kalau peserta lain mengambil peluang untuk melawat atau membeli belah di pulau yang terkenal dengan bebas cukai itu, Irdina sebaliknya. Dia ingin segera pulang, rasa rindu untuk menatap wajah Rayyan walaupun dia tahu hanya bertepuk sebelah tangan.

Setiba di rumah, Irdina lihat lampu terpasang.”Hmm…ada di rumah agaknya Rayyan”, bisik hati kecilnya. Sebaik membuka pintu tidak ternampak kelibat suaminya itu di ruang tamu. Mungkin ada di dalam bilik. Tidak mahu pula Irdina memanggil nama Rayyan, bimbang mengganggu. Sebaik menaiki tangga untuk menuju ke bilik, dia terdengar suara orang berbual dengan mesra. Hatinya berdegup kencang. Tidak mahu memikirkan yang buruk-buruk kerana dia amat kenal dengan suara itu.

Sebaik melintas di hadapan bilik Rayyan, suara gelak tawa dari dalamnya semakin mencurigakan. Hatinya membuak-buak ingin tahu. Lantas dia menggagahkan dirinya untuk memulas tombol pintu bilik Rayyan. Sebaik pintu terbuka, alangkah terkejutnya melihat Rayyan sedang berpelukan mesra tanpa Seurat benang dengan seseorang yang sangat dia kenali.

Lidah Irdina kelu tidak terkata. Matanya tidak berkedip memandang ke arah mereka. Rayyan dan pasangannya terus melompat dari katil dan mengenakan pakaian masing-masing. Irdina terus berlari ke ruang tamu. Air matanya jatuh bercucuran. Hancur luluh hatinya.Tahulah dia selama ini punca kedinginan sikap Rayyan terhadapnya.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

“Itulah kisah akak Zira”, tutur Irdina dengan sayu. Dia menceritakan segala yang berlaku di dalam rumah tangganya kerana tidak lagi mahu menipu sahabatnya itu.

“ Ya Allah! Besarnya dugaan yang akak lalui. Kalau saya berada di tempat akak, tidak tahu macam mana saya nak hadapinya kak. Takut pulak saya nak berkahwin”.

“Hanya Allah saja yang tahu apa yang akak lalui Zira. Tapi jaganlah kerana kisah akak, awak takut nak kahwin. Nasib kita tak sama”.

“Iyalah kak, speechless saya. Apa kata akak tinggal terus je dengan saya. Lagipun saya tinggal sorang je”

“Terima kasih, Zira. Akak pun memang tengah mencari tempat tinggal sekarang ni”.

“Tapi kak, tak kan akak tak perasan apa-apa yang mencurigakan tentang hubungan suami akak dengan kekasihnya sebelum ni”

………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Hmm…bukan aku tidak perasan, malah perkara itu sering bermain-main difikiran. Benar tekaan naluri aku selama ini. Cuma sebelum ini aku tidak tahu kepada siapa harus ku adu atau aku sendiri yang cuba menidakkan perkara ini.

Tambahan pula orangya aku kenal kerana dia bukan orang lain. Dia kenalan Rayyan. Seluruh keluarga mertuaku juga kenal dengannya. Tapi kenapa dengan dia. Apa kurangnya aku sebagai perempuan hingga tidak mampu merebut cinta Rayyan.

Patutlah selama ini dia bagaikan berlumba-lumba dengan aku. Pantang kami pulang ke kampung Rayyan, pasti dia mengekor. Malah sewaktu di kampung dia lebih beria menyediakan makanan kegemaran Rayyan. Walaupun aku sedikit hairan, tapi kata Rayyan dia memang handal memasak. Kecik jugak hati aku Rayyan lebih sukakan masakan orang lain dari isteri sendiri.

Bukan itu saja. Sesekali ada juga dia datang melepak di rumah kami pada hujung minggu. Bosan keseorangan di rumah, katanya. Walaupun aku tidak senang, tapi aku tengok Rayyan gembira bila dia ada. Aku abaikan saja perasaan itu asalkan Rayyan senang hati.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

“Oh ya! Macam mana penerimaan keluarga akak?”, tanya zira lagi.

Selepas peristiwa malam itu, Irdina meminta izin untuk keluar dari rumah. Rayyan tidak menghalang sebaiknnya merayu pada Irdina supaya tidak memberitahu perkara ini kepada keluarganya. Irdina akur tetapi dengan satu syarat, Rayyan melepaskan dia. Tidak sanggup lagi dia meneruskan hidup bersama Rayyan. Hatinya sudah hancur berkecai. Sungguh dalam lukanya dan dia yakin dengan jalan yang dipilih.

Sebulan dia meratapi nasib yang menimpa diri. Terasa bagaikan dikhianati. Sesekali bila terfikir, rasa diri diperbodoh dan dipergunakan oleh Rayyan lantaran untuk menutup keburukan dirinya, Rayyan sanggup memenuhi permintaan keluarganya untuk berkahwin bagi mengaburi mata mereka dan menutup rahsianya sebagai seorang gay. Padahal selama ini Rayyan telah lama memadu kasih dengan Zukri yang konon sahabat baiknya. Pernah juga timbul perasaan dendam terhadap lelaki. Tetapi dia akur, adik dan ayahnya juga seorang lelaki. Dia terima segalanya sebagai ketentuan Ilahi kerana itu lebih baik.

Irdina hanya menceritakan perkara ini kepada ibunya seorang dan meminta supaya ibunya merahsiakan perkara ini. Tidak mahu mengaibkan orang walaupun orang itu telah menghancurkan hidupnya. Kepada saudara mara yang lain, cukuplah sekadar mereka tahu jodoh dia bersama Rayyan tidak panjang.

Jauh di sudut hati, dia berdoa kepada Allah supaya Rayyan kembali ke pangkal jalan.


p/s : ini cerpen pertama saya. harap sudi beri komen dan pandangan yang membina untuk karya2 akan datang. terima kasih

March 13, 2010

V3 : Sam Seng Jalanan Mengganas Di Panggung!


Malam ni aku berkesempatan gi tengok wayang citer V3: Samseng Jalanan. Baru dua hari ditayangkan, so sesuai la aku kongsi sikit tentang citer nih dan bagi gambaran sikit kepada sesapa yang belum tengok kan? Lagipun Farid Kamil mintak tolong kat aku soh promote and bagi komen yang baguih-baguih sikit dekat filem arahan dia nih. (statement ni tolong jangan percaya ye!)

O.K, before aku bagi pandangan aku tentang filem ni, apa kata aku bagi sinopsis dia dulu. Citer ni mengisahkan Rudy (Farid Kamil) dan kawannya Brett (Bront Palare) yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis. Oleh itu Rudy dan Brett telah melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut (Radhi OAG) lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost (pak cik ni dia glamer dgn watak Farouk), ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana

Garing (Aqasha) ‘main kotor’ dan membuatkan Rudy tercedera dan berhutang RM10,000 dengan Sam Seng. Sebelum perlumbaan, Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan wasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.


Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dimuatkan di youtube. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju.


Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Kesudahannya, tengok ler sendiri.



Movie review : Cerita ni ada mesej yang nak disampaikan. Mula-mula agak upset jugak sebab hero dia mati. Tapi bila difikirkan, ada baiknya juga ending macam tu sebab nak sedarkan mat-mat rempit kat luar sana yang kegiatan merempit tidak akan membawa kesudahan yang baik. So insaflah sebelum terlambat.

Pada aku citer ni keseluruhannya baik. Aku rasa pelakon-pelakonnya berjaya membawakan watak masing-masing. Radhi dalam citer ni jadi pak lawak.Boleh tahan lakonan dia. Sapa yang nak tengok Lisa surihani si manis jelita jadi jahat boleh la tengok dalam citer ni. Korang rasa sesuai ke Lisa pegang watak macam tu? Aku rasa kurang sesuai sikit sebab muka dia baik dan nampak dia try bersungguh-sungguh untuk jadi jahat. Anyway bagus lah pelbagaikan watak.

Tak best la kan kalau asyik puji-pujian jer, mesti ada jugak yang aku rasa tak kena. Kalau boleh jalan cerita tu buat la lain sikit. Mesti nak ada adengan selamatkan perempuan. Nak jugak jadi hero hindustan si Farid Kamil ni.

Kalau dari segi aksi pulak aku rasa O.K lorr. Dari pandangan mata aku yang tak reti bab-bab aksi merempit ni, aku dapat rasakan la keganasan rempitan tuh dalam citer ni.

So, tunggu apa lagi, silalah ke panggung wayang berdekatan. Selamat merempit ye! And U Farid Kamil boleh la belanja I makan coz dah berjela komen yang baik-baik pasal citer ni.

Tapi aku rasa Bront lagi menyerlah dalam citer ni. Kenapa yer?

March 11, 2010

Contest Avatar Dan Fast & Furious 4




Waaah... macam dah syiok pulak join contest. Ni lagi satu contest aku join dari blog Yus Taraaaa....kalau sapae-sape nak join klik je sini Contest Avatar Dan Fast & Furious 4

Aku harap kalau ada rezeki aku nak menang CD Fast & Furious sebab minat sangat dekat Vin Diesel.

March 8, 2010

First Time Join Contest!

Seperti biasa aku hari2 akan buat excercise a.k.a blogwalking. Tengah-tengah dok syiok blogwalking aku terjumpa Uncle punya blog. Ada contest la. Tergerak hati nak cuba. Taraa.......kalau ada rezeki tak ke mana kan?

Powered by BannerFans.com



March 5, 2010

Apa Mende Blogwalking Nih?


Aku tau topik ni dah basi. Dah ramai pun orang tulis mengenai topik ni. Tapi aku nak share apa yang aku paham dan apa yang aku dapat melalui benda nih. Apa mende blogwalking nih. Aku kenal blogwalking ni pun melalui aktiviti blogwalking lah. Sebelum kenal words ni aku guna istilah melawat/menerjah blog orang.


Apa itu Blogwalking?

Menurut kamus sesuka hati aku blogwalking ni adalah aktiviti riadah yang dilakukan untuk menyihatkan mental dan fizikal blog atau dengan maksud lain ada tujuan tertentu. (Aku blogwalking untuk mendapatkan idea untuk mengupgradekan lagi blog aku,almaklumlah orang baru dan masih belajar merangkak)


Apa Anda Dapat Dengan Blogwalking ?

Banyak sangat faedah yang aku dapat dengan aktiviti blogwalking. Antaranya :

@ Upgrade Blog

  • Aku jumpa background blog aku yang comey itu
  • Aku jumpa shoutmix widget
  • Dapat idea baru untuk menulis dan susun atur blog dan macam-macam lagi.
@ Tip-tip berblogging. Aku jumpa blog yang bagi tip dan tutorial untuk blogging. sangat bagus terutama untuk newbie macam aku. Contohnya blog nescafe ais, Melromeo dan banyak lagi sebenarnya.Aku jumpa dengan cinta hati Mr. Nuffnang. Aktiviti blogwalking telah memperkenalkan aku dengannya dan aku telah memeterai janji setia dengan Mr. Nuff.


@ Aku jumpa plak dengan kekasih gelap.He..he.. nah, ini dia kekasih gelapku : GengBlogger, Innit dan Blog-Gempaq.


@ Paling mengujakan, aku dapat kawan-kawan yang menjadi penyokong setia aku. Thank You & Luv U All...muaaahhhh...muaaahhh....


@ Paling best, tak de lah aku buat blog syok sendiri. Ada jugak orang baca dan bagi komen. TQ jugak!


@ Paling penting, dapat tambah kenalan. Betul tak?


So, nasihat aku, rajin-rajinlah blogwalking. Terutamanya yang baru-baru nih.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails