April 30, 2010

REDMUMMY Suruh Aku Beli Hada Labo

Huhu... petang tadi aku telah mengorbankan RM40.90 untuk beli Hada Labo Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion. Ini semua aku terpengaruh dengan iklan Kak Red a.k.a REDMUMMY. Takyah la aku kenalkan sapa Kak Red ni kan. For sure korang kenal.

Al-kisahnya, aku saja2 buka blog Kak Red sebab bos aku nak tengok blog dia coz bos aku terbaca artikel pasal Kak Red dala Harian Metro (orang glamer la katakan!). Kebetulan masa aku terjah blog tu dia buat entri tentang Hada Labo ni. Memandangkan nama benda ni unik, aku jadi tertarik nak baca selanjutnya.

Ooops, sebelum tu tahu ke apakemende Hada Labo nih? Hada Labo adalah jenama produk skin care dari Jepun. Sejujurnya aku memang concern dengan produk-produk skin care ni sebab aku memang mengalami masalah kulit sensitif. Tak semua aku boleh pakai terutamanya yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. Tapi Hada Labo ni sebaliknya. Kalau nak tahu lebih lanjut leh lawat http://www.hadalabo.com.my

Di samping dah terpengaruh dengan tulisan Kak Red tentang Hada Labo ni, ada sebab lain gak yang buatkan aku amik keputusan nak guna produk ni. First sebab kandungan bahan kimia dia kurang, aku yakin produk Jepun ni dia buat ujikaji baikk punya, pas tu produk dari Jepun sesuai dengan kita orang-orang Asia dan produk ni laris sangat kat sana. Terjual sebotol dalam masa 4 saat. For sure menjadi produk ni.

Nak beli SKII tak mampu, so kita guna je Hada Labo nih. Harap-harap ia sesuai dengan kulit aku, Aku pun nak gebu cam Kak Red jugak.Ha..ha....


Ni lah rupa benda yang aku dok cerita tu. Harapan kegebuan kulit muka ku





April 29, 2010

Koc Merah Jambu Khas Untuk Wanita

cerita pasal merah jambu, tapi gambar kaler biru.....belasah ajer!

Terima kasih kepada KTMB yang memperkenalkan koc merah jambu ni. Sweeet sangat! Akhirnya nasib kaum wanita yang menggunakan perkhidmatan komuter terbela. Kelasss gitu. Dulu aku merupakan pengguna setia komuter. Selama 4 tahun aku ulang-alik ke tempat kerja dengan komuter. Pengalaman? Tok sah cakap lah, banyak yang masam dari yang manis. Hari² naik komuter dengan muka ketat jer. Almaklum lah terpaksa berhimpit-himpit dan berebut nak masuk. Pendek kata, hari² aku jadi sardin dalam tin.

Itu cerita bab sesak, belum lagi komuter delay atau rosak. Kesimpulannya orang yang naik komuter ni dia punya semangat juang dan tahap kesabaran memang tinggi lah. Apa nak buat, time tuh, tiket komuter je yang mampu aku beli.He..he...

Bila KTMB umumkan penggunaan koc khas untuk perempuan, aku rasa satu langkah yang bijak. Bukan apa, paham² lah bila dah berhimpit-himpit ni, macam-macam hal boleh terjadi. Alhamdulillah sepanjang 4 tahun menggunakan komuter, kejadian meraba belum terkena dekat aku. Cuma yang sengaja nak menggesel tu ada lah. Tapi, kawan aku selalu terkena dan menjadi mangsa kaki raba.Tuhan sajalah yang tahu perasaan kami kaum wanita nih bila terkena kejadian macam tu.

Pada yang terlepas berita mengenai koc merah jambu, boleh klik sini untuk berita selanjutnya. mStar Online: Koc Komuter Khusus Untuk Wanita Bermula Hari Ini

Lagi satu, tolonglah hebahkan berita gembira ni kepada keluarga, sedara mara atau kengkawan perempuan u all yang menggunakan perkhidmatan komuter. Kalau ada sebarang cadangan dan pandangan boleh hantar kepada komuter4u@ktmb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di 1300-88-5862.

Nampaknya lepas ni boleh la aku naik komuter balik. Jimat belanja mak cik!

April 28, 2010

Aku Mahu Aku Yang Dulu


Aku mahu aku yang dulu

Aku bosan dengan aku yang sekarang

Aku jemu, penat, lelah

Apa sudah jadi dengan aku?

Sesak bagai tiada udara

Gelap bagai tiada cahaya

Lemah...layu tidak berbaja

Cis!

Mana perginya aku yang dulu?

Aku tersesat di ruang rasa

Kerana menurut amukan jiwa

Membawa rasa kecewa

Tuhan… tolong

Aku tidak rela begini

Jadi hamba nafsu nafsi

Mengusir kewarasan mata hati

Beremosi….sepi…

Aku mahu aku yang dulu

Keliling aku bahagia

Di sisi aku tawa

Dihiasi warna ceria

Nyah lah duka

Pergilah hiba

Kerana aku rindu

Kerana aku mahu

Aku yang dulu

April 25, 2010

Kisah Di Sebalik Pilihanraya Kecil P-94 Hulu Selangor

Awas ini bukan entri nak kempen mana-mana parti. Kalau nak berkempen pun dah terlambat coz masa buang undi pun dah hampir tamat.

Just nak luahkan rasa geram dan sakit hati. dua hari lepas aku ulang- alik ke Kuala Kubu baru atas urusan kerja. Sempat aku singgah ke pusat media. Tengah menunggu kat sana aku pun ambiklah majalah untuk dibaca. Wooo sakitnya hati aku bila ternampak artikel yang aku tulis. Sudahlah tak cakap dah keluar, byline pun tak bagi. Jangankan nak bayar! Apa cerita nih? Rompakan hasil karya telah berlaku dengan sesuka hati. Mulut manis tapi menggunakan hasil usaha orang.

O.K mula2 ceritanya macam nih. Memang aku yang approach dia nak tulis tentang budaya dan warisan and she said sangat dialu-alukan. Pas tu aku pun hantarlah dua artikel yang dah lama aku tulis. Tapi dia cakap artikel tu tak sesuai untuk keluaran tu dan mintak aku buatkan yang lain. Siap request tajuk lagi dan cakap nak bayar.

Wow, sapa tak teruja and dengan bersungguh2 aku siapkan, untung2 dapat duit raya coz time tuh bulan posa tahun lepas. Tunggu-punya tunggu senyap jer. Aku pun tanya la artikel baru aku tu o.k ke tak. Dia cakap okay dan akan hubungi aku balik. Last-last senyap macam tu saja.

Apa perasaan korang? Well, aku tak kisah dah tentang bayaran sebab aku bukannya penulis pro pun untuk dapatkan bayaran. At least informlah aku artikel tu dah keluar dan apa salahnya letak nama aku dekat artikel tu. Sekurang-kurangnya aku rasa dihargai dan usaha aku berbaloi.

Sebelum tu aku mintak maaf sebab cerita ni takde kaitan pun dengan tajuk kat atas. Tapi....eh siapa kata takde kaitan? Sebab pilihanraya ni lah aku dapat tahu yang hasil kerja aku dirompak! Apapun, aku tak kan berhenti menulis. Sikit pun kisah ni tidak mematahkan semangat aku. At least aku ada blog dan boleh kongsi dengan korang kalau ada artikel baru yang aku tulis tentang seni dan budaya.

April 22, 2010

Aku & Nuffnang

Sudah hampir tiga bulan aku bersama pak cik ensem Nuffnang, tapi tak pernah pun buat entry dedikasi khas untuk pak cik ku itu.

Aku kenal Nuffnang melalui bos kecik aku kat opis. Dia ada blog and suatu hari dia bersorak kat opis sebab dapat cek dari Nuffnang. Hmmm… korang tau apa reaksi aku waktu tuh? Apa lagi aku nganga la coz tak tahu apa ke benda la Nuffnang nih. Huhuhu…so ketinggalan kan.

Memandangkan nama pak cik Nuffnang ni unik, aku pun tergerak hati nak klik dekat google and search for Nuffnang. Wow, now I’m understand what Nuffnang is about. So apa lagi, tanpa tengok kiri kanan, terus aku register. Tarikh keramat itu ialah pada 27 Januari 2010.

Lepas dah sangkut dengan pak cik Nuff ni, apa lagi aku dengan penuh bangga menempekkan 3 keping gambar pak cik Nuff kat dinding blog aku ni. Memandangkan aku sudah berjanji setia dengan pak cik Nuff , maka dia telah menganugerahkan aku Pangkat A.M.N (Ahli Mangku Nuffnang) dengan gelaran status Cik Datin Gelihati (Glitteri).

Best ke dapat status Glitteri tuh? Eh, best lah. Lagi mau tanya ker? Tak mo cerita panjang lah, to those yang belum register hah cepat2 regisetr kat sini www.nuffnang.com.my

Terbaru aku dapat join perhimpunan terbesar bloggers kat Times Square pada 17 April hari tuh hasil kerjasama Nuffnang dengan GATSBY. Harap lepas ni ada lagi peluang aku join x tiviti bersama Nuffnang. Mesti korang nak tau dah berapa income aku dapat dengan Nuffnang kan? Tak nak tau pun tak pe, nak tunjuk jugak. Taraaaaaa…………..(tapi bukan dengan nada riak dan takbur yer!)

RM 71.69

Jadi kat sini aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada kengkawan yang menyumbang. Jasamu ku kenang!Muaaahhhhh......


April 21, 2010

Jom Sayangi Bumi : Love World Love Sloggi

“Bumi yang tiada rimba,

seumpama hamba,

dia dicemar manusia,

yang jahil ketawa”

Ingat lagi tak bait-bait awal dalam lagu Hijau nyanyian Zainal Abidin? Jika kita dengar balik lagu yang pernah popular suatu masa dulu pasti kita sedar mesej yang disampaikan mengenai hubungan manusia dengan bumi dan alam sekitar.

Bumi ni sangat-sangat lah berharga kepada kita. Cuba fikir kalau tak de bumi ni, kita nak tinggal kat mana? Aku sayangkan bumi sebab ia bagi aku tempat berlindung, bagi udara untuk aku bernafas, bagi matahari untuk menerangi hari-hari aku, bagi bulan untuk menemani mimpi-mimpi aku dan bagi keindahan flaura dan faunamelengkapi landskap hidup aku. So sweet!



Aku sambung nyanyi ek!

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat




Jadi sebagai manusia yang diberi kelebihan akal dan fikiran, jagalah amanah yang tidak terbanding nilainya ini. Selagi kita terus mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri dan acuh tak acuh dalam menjaga kemakmuran bumi, kita sendiri akan menerima padahnya. Buktinya hari ni, perubahan cuaca tidak menetu, gempa bumi sana, gempa bumi sini, banjir kilat, penipisan lapisan ozon dan banyak lagi.

So, marilah kita bersama-sama menjaga bumi. Seelok-eloknya, mulakan dengan diri kita sendiri dulu. Antara usaha-usaha yang perlu kita buat ialah :

  • Gunakan sumber alam secara berhemah terutama penggunaan air dan elektrik
  • Jangan buang sampah merata-rata
  • Kurangkan penggunaan beg plastic atau tok sah guna terus
  • Jangan melakukan pembakaran terbuka terutama merokok (itu consider pembakaran terbuka ye!)
  • Mulakan hobi bercucuk tanam (hijaukan bumi!)
  • Kitar semula barangan dan banyak lagi.

Bercakap tentang kitar semula, aku sokong usaha Sloggi yang memperkenalkan rangkaian lingerie which is made out of recycled material. With the wonders of technology, now we won’t have to compromise comfort and a perfect fit while saving the environment! Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh klik Sloggi

So ladies, inilah peluang kita untuk bersama-sama menyumbang dalam menjaga kemakmuran dan keselamatn bumi. Guys pun boleh sama-sama menyokong dengan menghadiahkan Sloggi to your mom, wife, sister or what so ever. He..he..he…


Hmmm…. Love World, Love Sloggi!


April 17, 2010

Kumpulan Baju Merah Beralih Dari Bangkok Ke Times Square,Kuala Lumpur?

Oooppsss...jangan terkejut! Ini bukan kumpulan Baju Merah dari Bangkok, tapi ini kumpulan baju merah bloggers yang menyertai "The LARGEST Bloggers' Gathering with GATSBY Street Fair yang diadakan semalam di foyer Times Square KL. Jangan tak tau gathering ni siap masuk Malaysia Book of Record tau.

Well ni first time aku join aktiviti yang dianjurkan untuk blogger sejak hampir 4 bulan aktif blogging. Hmm...nampaknya tak sia2 aku ada blog, at least aku dapat buat or join aktiviti yang tak selalu aku buat atau cuba. Besides aku tak sangka yang blogger pun dihargai peranannya.

Actually banyak gambar2 menarik yang aku sempat snap semalam, tapi xleh nak upload coz broadband buat hal lah. Dari semalam aku nak buat entri ni tapi x siap2 disebabkan line broadband yang hampeh.

So ni la saja dua keping pic yang sempat aku upload :


Ni salah satu game yang ada semalam, nama dia Gladiator. Tapi aku tak main pun game nih.


Setiap game yang kita join kalau menang akan dapat point. Hasil usaha gigih aku dan kawan aku main beberapa game yang ada tu, kami dapatlah kumpul 64 point. Jadi dapatlah redeem beberapa produk GATSBY.

Ini la barang2 gatsby yang aku dapat!

Kesimpulannya aku enjoy sangat semalam. Ye lah first time join program camni. Tapi x sempat nak kenal2 dengan blogger lain sebab tekun main game.He3.....Ada jugakla aku nampak tuan2 blog yang aku pernah terjah blog dia, tapi segan nak tegur. Hmmm...harap boleh join lagi kalau ada xtiviti untuk blogger akan datang nak amik kesempatan untuk berkenal2 lan dengan blogger lain.

Thanks untuk nuffnang and GATSBY!

April 16, 2010

Slot Akasia : AdaMaya




Psstt.... korang layan tak citer AdaMaya yang tengah main kat slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis kul 6.30 ptg till 7.30 mlm di TV3. Citer dia cukup ringan dan menarik. Jalan citer dia buatkan aku tak sabar nak tengok episod-episod seterusnya. Kalau korang nak tau citer ni versi drama filem I’m Not Single. so bagi sesape yang dah tengok filem ni tau la lebih kurang jalan citer drama nih.

Aiii suka giler la citer ni! Tak tau nak describe cam ne perasaan bila tengok citer ni. Rasa hari-hari aku penuh bermakna (statement poyo!). Kalau aku dipaksa kawen macam dalam citer ni pun tak kisah andai dapat laki macam Adam. Wakaka…

Selain jalan citer dia, lakonan pelakon dia pun boleh tahan. Terutama Sein.Dia pegang watak Adam. Jatuh cinta dengan lakonan dia. Rasanya Sein lagi best pegang watak ni dari Farid Kamil. Sorry ye Farid. Oh ya, bagi yang tak tau Farid hero dalam filem I'm Not Single. Cuma aku tak suka dengan watak Dani sebab ia dilakonkan oleh Faizal Yusof. Cam tak sesuai jer Faizal bawa watak mamat selenga. Dia lagi sesuai bawak watak serius.

Pastu yang buatkan citer ni best lagi sebab lagu tema dia. Melodi, lirik dan suara pelantun lagu nih memang terus menusuk kalbu lah wa cakap lu. So, untuk peminat drama
bersiri ni, aku dedicate kan lagu ni untuk korang yer.


Nah, ni aku siap salin balik lirik lagu nih untuk korang.


Yang Terindah by Dakmie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

April 9, 2010

Doakan Saya!

Salam kepasa semua yang tetiba tersinggah atau tersesat di blog ini. Selasa depan aku dapat panggilan interview bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41. Yes! Akhirnya dapat jugak panggilan temuduga setelah lama isi borang online di SPA. Selalu dapat panggilan exam je, dan tak lulus² dari dulu, huhu...

Kawan² tolong doakan sekiranya jawatan ini baik untuk aku, agamaku dan bangsaku maka permudahkanlah urusan temuduga nanti dan semoga ia menjadi milik aku. Dan semoga dengan jawatan ini akan meningkatkan lagi ibadahku kepada Allah.

Teerima kasih!


p/s : Aku bercuti dari blogwalking sehingga Rabu depan. InsyaAllah, aku follow korang balik bila pulang dari cuti nanti.

April 6, 2010

My Favourite Sport

Hmmm… tengok tajuk kali ni macam karangan B. Inggeris darjah 6. Sebut pasal sukan ni, akulah rasanya manusia yang tidak dianugerahkan dengan bakat sukan. Bukan tak pernah cuba, memang tak pandailah. Bagi la jenis sukan apa pun, macam kayu je kalau aku main. Ingat lagi zaman sekolah dulu-dulu. Kawan-kawan aku semuanya aktif sukan, siap wakil sekolah dan daerah lagi. Aku tunggu tepi padang je jadi tukang sorak. Okaylah tu kan, ada sumbangan jugak!

Tapi tak per, tak de bakat sukan tak bermakna aku tak minat sukan. Aku suka bola sepak. Pada aku bola sepak boleh menyemarakkan semangat dan menyatukan kita. Semua orang bersatu-padu sokong pasukan masing-masing dan di sini semangat perpaduan terjalin. Tolak tepi la kalau ada segelintir yang bersikap negatif dan terlalu fanatik, itu cuma segelintir saja kan? Kebetulan tahun ni piala dunia, so jangan lupa saksikan pasukan kegemaran korang!

Apa yang aku tengok, bola sepak ni melambangkan maruah. Contohnya dalam acara sukan, Sukan Malaysia ker, sukan SEA ker dan lain-lain lagi lah. Tak menang acara lain pun tak pe, tapi kalau dapat pingat emas dalam acara bola sepak, dah macam menang keseluruhannya kan? Begitulah hebatnya penagan bola sepak. Paling aku terharu tengok semangat rakyat Malaysia tak kira kaum meraikan kemenangan emas pasukan bola sepak negara di sukan SEA tahun lepas.

Sebut pasal bola sepak ni, mesti ada pemain kegemaran aku kan. Aku suka Ronaldo. Hmm…mungkin sebab gigi dia seksi kot. Wakakaka…

Oh ya, aku nak pesan dekat sesapa yang nak main bola, jangan lupa sembur ketiak dengan deodorant ADIDAS. Nanti takdelah bau masam kalau dah berpeluh! Kalau nak gunakan semua rangkaian penjagaan ADIDAS pun lagi bagus. Wangi and macho, gerenti bini atau awek lagi sayang……


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

April 2, 2010

Mulakan Dengan Bismillah.......


Semalam aku dapat emel tentang kelebihan Bismillah dari seorang kawan. Jadi aku rasa rugi kalau tak share dengan korang. Benda asas yang kadang-kadang kita terlupa.......Allah nak bagi pahala dan keberkatan dengan bermacam cara, dari sekecil-kecil amal hinggalah sebesar-besarnya. Pilihan ada di tangan kita!

"BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" ............."Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

  1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
  3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
  5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
  6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
  7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."
  8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
  11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

April 1, 2010

I Wanna Be A Project Alpha TV Star!



Kome ada teringin nak jadi super’STAR’ tak? Ada rancangan reality tv baru, tapi bukan dekat ASTRO, TV3, TV1, 8tv dan lain-lain tv. Yang ni special punyer program. Project Alpha punyer projek, khas untuk blogger. Aiii blogger pun leh jadi star gak ker?

Tau ker apa Project Alpha TV Star nih?

Project Alpha ini adalah salah satu siri program realiti TV yang memaparkan kisah mengenai blogger-blogger yang terhebat di Malaysia.

Sekarang Project Alpha dah masuk Musim ke-2 dan kembali dengan blogger-blogger hebat iaitu KY, Azwan Ali, Niki, Ninie,Cheesie, Shaolin Tiger, dan Joseph. Oppsss termasuk lah aku, he3…..(perasan).

So, kalau teringin nak jadi super’STAR’ di Project Alpha Musim ke 3 boleh la cuba-cuba nasib. Macam mana cara-caranya? Meh sini nak cerita.

Korang hanya perlukan 60 saat atau kurang untuk menyertainya. Rakamkan video dengan gaya star wannabe korang yang tersendiri tentang kenapa korang perlu berada di Project Alpha Musim ke 3 nanti. Then, bila dah siap video tuh, cepat-cepatlah hantar dengan mengikut langkah-langkah berikut :

Step 1: Join Ruumz atau login ke akaun korang (kalau yang dah daftar)

Step 2: Sertai Kumpulan Project Alpha Ruumz

Step 3 : Muat turun video ke ‘Auditions‘ Album.

Step 4 : Masukkan tajuk dan bagi keterangan mengenai auditon tu

Step 5: Untuk melayakkan korang berpeluang dipilih menjadi star, promote dan paksa kengkawan dan sedara mara korang untuk mengundi atau menekan perkataan “Like” di VIDEO korang.

Senangnyer nak jadi STAR. Pssstt…project baik mesti hadiah pun baik kan??? Hmmmm…memang menarik and menangis kalau tak dapat sebab Pemenang Top 3 akan muncul sebagai blogger tetamu untuk project Alpha musim ke 3 serta membawa pulang hadiah berikut :

1st Prize
- 3 days 2 nights stay at 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room with breakfast for 2 pax
- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid worth RM199

2nd & 3rd Prize
- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid worth RM199

Weeiii….bestnyer hadiah. Boleh beli ikan terubuk masin kat Sarawak. Tunggu apa join lah sekarang!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails